Makhluk Halus Bertenggek Atas Bahu Eira Syazira

Diterbitkan: Jumaat, 11 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Eira Syazira
Eira Syazira

PETALING JAYA: Pelakon Eira Syazira memberitahu dia menjadi trauma kerana diganggu makhluk halus ketika menjalani penggambaran drama Kemboja Putih baru-baru ini.

Eira berkata, penggambaran drama seram itu dilakukan di sebuah rumah lama di Hulu Langat, Selangor di mana tuan rumah itu sudah pun meninggal dunia.

Katanya, ketika di rumah berkenaan, dia telah menggunakan pinggan di rumah berkenaan tanpa meminta izin sesiapa.

“Pada mulanya pihak kru sudah memberitahu bahawa rumah itu agak “keras” sedikit dan semua pelakon perlu berhati-hati.

"Walau bagaimanapun saya telah menggunakan pinggan di rumah berkenaan untuk meletak makanan tanpa meminta “izin” terlebih dahulu.

"Kerana perbuatan itu, secara tiba-tiba pula bahu saya berat sebelah. Bila pergi ke klinik, doktor kata bahu saya tak ada apa-apa masalah, tapi bila membuat rawatan tradisional, rupa-rupanya, ada benda yang bertenggek.

"Ini semua gara-gara saya lupa untuk meminta izin sebelum menggunakan pinggan itu. Ia satu pengajaran buat saya agar lebih berhati-hati," katanya.

Tambah Eira yang membawakan watak Kemboja dalam drama tersebut, kejadian itu juga membuatkan dirinya mudah menghayati karakter roh yang cuba membalas dendam terhadap orang yang mengganggu hidupnya sebelum meninggal dunia.

"Alhamdulillah, saya berjaya membawakan watak Kemboja. Insiden diganggu itu membuatkan saya lebih mudah menghayati watak. Tambah pula dalam watak tersebut, saya perlu bermain dengan emosi," katanya.

Drama terbaru slot Legenda di TV3 itu sudah ditayangkan pada 7 Mac 2011, pukul 4.30 petang, yang turut dibintangi oleh Fauzi Nawawi serta Ezany Nizariff.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan