Minggu Setiausaha Anuar Zain Di Melaka 9 April

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Dari kiri Azwandy Hassan, Nabil, Anuar Zain, Pengarah Urusan Permaisuri Hotel & Resort, Norlida Said dan Sharifah Sahira pada sidang media
Dari kiri Azwandy Hassan, Nabil, Anuar Zain, Pengarah Urusan Permaisuri Hotel & Resort, Norlida Said dan Sharifah Sahira pada sidang media "An Evening With Anuar Zain" yang diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan baru-baru ini.

PETALING JAYA: Penyanyi Anuar Zain akan mengadakan persembahan sempena Minggu Setiausaha pada 9 April depan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh, Melaka.

Pengurus Besar Kumpulan Permaisuri Hotel & Resorts, Aswandy Hassan berkata, persembahan yang diberi nama An Evening With Anuar Zain itu bertujuan untuk mengajak peminat penyanyi tersebut menyaksikan panorama indah di negeri berkenaan.

Katanya, selama ini penganjuran Minggu Setiausaha banyak tertumpu di ibu negara tetapi pada kali ini pihaknya bekerjasama dengan Tourism Melaka yang turut bersetuju menyediakan pengangkutan bagi membawa individu yang membeli tiket berkenaan dari Kuala Lumpur.

“Tujuan kami selain untuk satu acara hiburan, penganjuran acara ini juga dapat membuka ruang kepada orang ramai menikmati keindahan indah negeri Melaka sebagai sebuah bandar bersejarah yang wajar dilawati,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Rabu.

Selain Anuar, persembahan Minggu Setiausaha itu akan turut dihiburkan dengan pelawak terkenal yang akan bertindak sebagai pengacara iaitu Nabil (Raja Lawak) dan Sharifah Shahira.

Selain acara hiburan, penonton bertuah juga bakal mendapat hadiah cabutan bertuah sementara sebahagian daripada keuntungan jualan tiket akan disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan terpilih.

Syarikat korporat dan individu yang berminat untuk menyaksikan persembahan hebat Minggu Setiausaha di luar Kuala Lumpur ini bolehlah menghubungi Pengurus Acara, Permaisuri Hotel & Resort iaitu Desmond Wong di talian 017-3137115 atau e-mel: desmond@permaisuri.com.my

Tiket-tiket dijual dengan harga RM188, RM288 dan RM388 bagi setiap seorang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan