'Kemboja Putih' Drama Hantu Inspirasi Filem 'Nang Nak'

Diterbitkan: Khamis, 10 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ezany, Eira dan Fauzi
Ezany, Eira dan Fauzi

PETALING JAYA: Drama terbaru slot Legenda di TV3, Kemboja Putih, yang mula ditayangkan pada 7 Mac 2011, pukul 4.30 petang, tentunya membuatkan penonton teruja untuk menyaksikannya.

Menurut pengarahnya, Haris Fadzillah, Kemboja Putih merupakan sebuah drama seram yang unik kerana ia tidak membabitkan kewujudan hantu.

"Drama ini merupakan sumber inspirasi daripada filem Thailand, Nang Nak dan kisahnya sedikit sebanyak menyerupai filem tersebut di mana ia mengisahkan tentang seorang suami, Amar (Fauzi Nawawi), yang telah membunuh isterinya, Kemboja (Eira Syazira) gara-gara salah faham mengenai anak yang dikandungkan Kemboja.

"Disebabkan Amar berasa serba salah, dia menganggap isterinya masih lagi wujud. Kemboja pula muncul dalam bayangan Amar kerana ingin membalas dendam terhadap orang yang telah menjatuhkan maruahnya.

"Bagi saya, Kemboja Putih mempunyai pengolahan skrip yang bagus dan saya percaya, penonton pasti akan menyukainya," katanya pada sidang akhbar drama tersebut di Sri Pentas TV3, Rabu.

Di bawah terbitan Grand Brilliance Sdn Bhd, skrip Kemboja Putih dihasilkan oleh Rozie Rashid. Ia turut juga dibintangi Ezany Nizariff.

Dalam pada itu, Fauzi yang sebelum ini sering membawakan watak-watak antagonis gembira kerana dapat melakonkan watak baik.

"Wataknya menarik, tetapi saya perlu bermain emosi yang lebih apabila perlu bercakap sendirian.

"Alhamdulillah, saya diberikan gandingan pelakon-pelakon yang cukup mantap bagi menjayakan drama ini.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan