Phil Collins Umum Persaraan

Diterbitkan: Rabu, 9 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Bintang pop dan pemenang Anugerah Grammy British Phil Collins pada Selasa mengumumkan persaraannya dari dunia muzik untuk menumpukan perhatian kepada keluarganya.

Bagaimanapun Collins yang kini berusia 60 tahun menolak desas-desus yang mengaitkan persaraannya itu kerana muzik beliau tidak lagi sesuai dengan industri muzik masa kini.

Sebaliknya menurut Collins, keputusannya untuk bersara adalah kerana beliau ingin menghabiskan lebih banyak masa dengan keluarganya.

Pemain dram kumpulan Genesis yang dilahirkan di London itu adalah satu-satunya penyanyi solo di dunia selain Michael Jackson dan Paul McCartney, yang telah menjual lebih 100 juta unit album di seluruh dunia. Beliau telah berkahwin sebanyak tiga kali.

"Saya ingin bersara sekarang supaya saya boleh menjadi bapa sepenuh masa kepada dua orang anak saya yang masih kecil," ujarnya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan