Pakej Pernikahan Krisdayanti Di Masjid RM2,761

Diterbitkan: Selasa, 8 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Krisdayanti bersama bakal suaminya. Gambar portal inilah.com
Krisdayanti bersama bakal suaminya. Gambar portal inilah.com

JAKARTA: Penyanyi terkenal Indonesia, Krisdayanti (KD) mengesahkan akan melangsungkan perkahwinan dengan Raul pada 20 Mac ini dalam satu majlis yang akan diadakan di Masjid Sahid Nurul Iman, di sini.

KD dikatakan sudah menempah pakej pernikahan bernilai Rp8 juta rupiah (RM2,761) di masjid itu.

“Dia ambil pakej Rp8 juta termasuk dekorasi pernikahan dan juga pembaca al-Quran,” ujar jurucakap Hotel Sahid dan Masjid Sahid Nurul Iman, Ali Usman seperti laporan portal inilah.com, Isnin.

Masjid Nurul Iman baru saja dibina dan mula digunakan sejak 14 Mac tahun lalu. Masjid yang agak besar itu mempunyai seni bina menarik yang turut mempunyai kolam air. Ia turut dibahagikan kepada dua tingkat bagi memisahkan lelaki dan perempuan.

Pasangan tersebut dijangka melangsungkan pernikahan di antara pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi waktu tempatan.

“Kalau majlis itu berlarutan sehingga tengah hari, ia akan mengganggu jemaah lain yang ingin mengerjakan solat,” ujar Ali Usman.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan