Menyusu anak petua Nana jadi langsing

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANYAK petua kecantikan yang ditimba oleh penyampai radio XFM, Nana atau nama sebenarnya Nurul Hana Che Mahazan, 28, sejak bergelar ibu.

Salah satu petua menarik yang mahu dikongsi Nana ialah bagaimana dia berjaya mengekalkan bentuk badan selepas bersalin.

Ini kerana kebiasaannya golongan wanita berhadapan dengan masalah berat badan meningkat ketika proses berkenaan dan sukar untuk mendapatkan berat badan yang seimbang.

Nana mengaku, sejak melahirkan Althea Raqeem Brian, yang kini berusia empat bulan, kebanyakan masanya dihabiskan untuk anak tersayang berbanding diri sendiri sehingga menyebabkan aktivitinya di gim juga terpaksa ditangguhkan.

Namun, di sebalik kesibukannya sebagai seorang isteri dan ibu selain tugasnya sebagai penyampai radio, Nana tetap memastikan badannya sentiasa berada dalam keadaan terjaga.

Biarpun melakukan banyak pengambilan makanan berat, keadaan badannya masih seperti zaman bujang. Sehingga sekarang, dia telah berjaya mengekalkan berat badan sebanyak 46 kilogram (kg) daripada 53 kg.

“Ramai yang bertanya tentang petua saya lakukan untuk mengekalkan bentuk badan selepas bersalin. Saya jawab mudah saja iaitu kita perlu selalu menyusukan anak.

“Dalam beberapa bulan selepas bersalin, selera makan saya meningkat. Apatah lagi ibu saya berada bersama yang selalu memasak makanan yang sedap-sedap.

“Saya perlu makan nasi sekurang-kurangnya tiga kali sehari selain mengamalkan makanan berkhasiat dan mengambil suplemen untuk menambah susu badan.

“Bagaimanapun, saya perlu mengelak makanan pedas, mengambil ulam timun, kubis dan brokoli kerana ia boleh membuatkan anak saya kembung perut dan tidak selesa.

“Saya juga dinasihatkan mengamalkan minum banyak air putih. Petua dan amalan ini banyak diperoleh daripada bahan bacaan dan ibu saya,” katanya kepada OopStarz!

Dengan pemakanan seperti itu ujar Nana, proses menyusukan anak tidak menjadi masalah dan secara tidak langsung ia mampu mengekalkan berat badan.

Amalan itu menurutnya hendaklah dilakukan dengan berdisiplin kerana kebanyakan wanita pada hari ini yang terlalu sibuk lebih gemar memberikan bayi mereka susu tambahan.

Rancak berbual, Nana tiba-tiba mengeluh kerana sejak berumah tangga, dia jarang berkesempatan untuk membuat rawatan muka di pusat kecantikan.

Memandangkan kesuntukan masa, penyanyi lagu Katakan ini mengambil inisiatif melakukan rawatan muka sendirian di rumah.

“Saya tidak mengamalkan ubat atau apa-apa barangan kecantikan secara sembarangan. Sebelum saya memasuki Akademi Fantasia, saya tidak pernah menggunakan apa-apa produk penjagaan kulit kerana kulit muka saya licin.

“Tetapi selepas memasuki AF (musim pertama), kulit muka saya menjadi kasar dan ditumbuhi jerawat. Jadi, saya perlu selalu mencuci muka dengan pencuci muka jenis Cellnique setiap kali selepas menggunakan kosmetik.

“Selepas tiga hari menggunakan produk tersebut, jerawat yang tumbuh hilang sedikit demi sedikit. Untuk kulit badan, saya menyapu losen Rosken yang membantu melembapkan kulit saya,” katanya yang turut menggunakan rangkaian produk Cellnique yang lain seperti penyegar muka dan topeng muka.

Isteri kepada Mohamed Raqeem Brian Abdullah, 37, ini jarang berbelanja produk kecantikan sebaliknya lebih gemar berbelanja untuk keperluan anaknya.

Sesekali berbelanja, dia akan memperuntukkan RM300 untuk membeli produk kecantikan.

Menyebut tentang pengurusan stres, Nana jarang mengalami masalah tersebut kerana masanya banyak dihabiskan bersama-sama anak. Katanya, Althea selalu membuatkan dirinya gembira.

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan