Maia Sahkan Mulan Jameela Dapat Anak Perempuan

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Maia (kanan) dan Mulan sebelum kumpulan Ratu berpisah
Maia (kanan) dan Mulan sebelum kumpulan Ratu berpisah

JAKARTA: Penyanyi Maia Estianty mengesahkan bahawa rakan baiknya Mulan Jameela telah melahirkan seorang anak perempuan seperti yang dikhabarkan.

Biarpun perkara tersebut masih dirahsiakan kepada pihak media Indonesia, namun beberapa informasi daripada rakan terdekat penyanyi itu semakin terbuka.

Maia turut mengucapkan tahniah kepada Mulan atas kurniaan cahaya mata tersebut biarpun dia masih belum berpeluang untuk menziarahinya.

“Saya ucapkan selamat kepada dia dan anak yang baru dilahirkannya, apa yang saya dengar anak perempuan.

“Walaupun ramai yang terkejut dengan berita ini, tapi saya sebenarnya sudah lama tahu tentang kehamilannya. Semoga dia (anak Mulan) menjadi anak yang baik dan berhati mulia,” katanya.

Bagaimanapun, ketika ditanya tentang anak tersebut, Maia enggan mengulas, justeru menyuruh agar perkara tersebut ditanyakan kepada mereka.

“Apakah anak itu adalah anak Ahmad Dhani atau bukan, lebioh baik ditanyakan terus kepada kepada yang melahirkannya, ” katanya.

Mulan Jameela dikahbarkan melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang bernama Syafiya pada 27 Februari lalu, bagaimanapun khabar tersebut masih menjadi rahsia oleh Mulan dan pemuzik Ahmad Dhani yang disebut-sebut sebagai bapa kepada bayi tersebut.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan