'Kekasih' Pertama Rosyam

Diterbitkan: Isnin, 7 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rosyam Nor
Rosyam Nor

KUALA LAMPUR: Pelakon dan penerbit, Rosyam Nor mengumumkan bakal memulakan penggambaran filem sulung terbitan syarikatnya Suhan Movies Trading berjudul Kekasih tidak lama lagi.

Jelas Rosyam, filem bergenre romatik komedi itu akan diarahkan oleh pengarah terkenal Bada Hj Azmi.

“Saya yakin sudah sampai masanya untuk kami mengeluarkan sebuah filem memandangkan program realiti Pilih Kasih sudah pun selesai musim kedua.

“Saya akan libatkan peserta Pilih Kasih musim pertama dan kedua memandangkan tajuk Pilik Kasih itu bermula dari Kekasih, namun begitu tentang penglibatan saya sebagai pelakon masih lagi belum ditentukan,” katanya yang bakal memulakan penggambaran pada Jun ini.

Menurutnya, filem yang bakal memperuntukan sebanyak 1.5 juta itu mungkin menampilkan juara Pilih Kasih musim kedua, Livonia Ricky Guing (Livonia) sebagai teraju utama.

Dalam pada itu, tambah Rosyam, selain Kekasih, dua projek filem lagi bakal menyusul iaitu berjudul Minyak Dagu dan Gosip.

“Seperti yang saya kata tahun ini kita sudah bersedia untuk menerbitkan filem, selepas Kekasih kita juga sudah bersedia untuk penggambaran filem Minyak Dagu dan Gosip,” katanya.

Sementara itu, Suham Movie Trading juga bakal menerbitkan 10 buah filem berkonsepkan filem dan lagu daripada Tan Sri P.Ramlee untuk siaran televisyen.

Jelasnya, matlamat utama adalah adalah untuk menyedarkan masyarakat betapa besarnya pengorbanan seniman agong itu dalam perkembangan dunia filem tanah air.

“Projek ini merupakan salah satu penghargaan kepada Tan Sri P.Ramlee, yang mana kami akan menerbitkan 10 filem yang akan dikeluarkan di TV2.

“Filem tersebut berdasarkan lagu-lagu ciptaan P.Ramlee dan diplah menjadi sebuah cerita dan akan dilakonkan pelakon-pelakon terkenal tanah air.

“Pengarah juga terdiri dari pengarah-pengarah filem terkenal seperti Bada Hj Azmi, Erma Fatima, Aziz M. Osman, Razak Mohaideen dan ramai lagi,” katanya.

Dalam pada itu, bagi peserta Pilih Kasih, sebuah drama muzikal bertemakan inspirasi kasih sebanyak 13 episod bakal keudara bermula 1 Jun ini yang diarahkan oleh pengarah terkenal Erma Fatima.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan