Imam Muda 2 Dekati Warga Singapura, Indonesia & Brunei

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Juara Imam Muda, Asyraf (kanan) turut hadir memberikan sokongan kepada peserta uji bakat di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur, Sabtu. Turut serta selaku pemerhati dan juri adalah Pengetua Imam Muda, Datuk Hassan Mahmood. - Foto AZHAR MAHFOF
Juara Imam Muda, Asyraf (kanan) turut hadir memberikan sokongan kepada peserta uji bakat di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur, Sabtu. Turut serta selaku pemerhati dan juri adalah Pengetua Imam Muda, Datuk Hassan Mahmood. - Foto AZHAR MAHFOF

KUALA LUMPUR: Musim baru program Imam Muda bukan sahaja memberikan cabaran baru kepada para peserta malah turut menerima penyertaan daripada negara jiran iaitu warga Indonesia, Singapura dan Brunei.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar yang turut menjadi salah seorang juri untuk peringkat akhir pemilihan uji bakat Imam Muda musim kedua, tidak dinafikan kebanyakan peserta yang hadir ke sesi uji bakat lebih berkualiti berbanding musim lalu.

Namun, dari segi penyertaan menurun sebanyak 30 peratus berbanding musim lalu.

“Mungkin ada penonton tidak berani menghadiri uji bakat setelah melihat tugasan dan cabaran yang dilalui oleh peserta Imam Muda musim pertama lalu.

“Namun, kami berbesar hati apabila menerima sambutan peserta yang bukan berwarganegara Malaysia.

“Kami mengalu-alukan penyertaan mereka kerana menganggap Islam merupakan agama sejagat yang tidak eksklusif kepada sesuatu bangsa sebaliknya mahu melahirkan remaja berilmu di persada dunia. Namun begitu, mereka perlu fasih berbahasa Melayu,” kata Izelan ketika sesi uji bakat Imam Muda 2 di Dewan Muktamar, Kompleks Pusat Islam, di sini, Sabtu.

Sebelum ini, Imam Muda 2 telah melalui sesi uji bakat di lima lokasi seluruh Malaysia. Antara yang paling mendapat sambutan peserta paling ramai adalah di Masjid Zaher, Alor Setar pada 25 dan 26 Februari lalu serta Wisma MUIS, Kota Kinabalu (12 dan 13 Februari).

“Untuk cabaran baru kali ini, kita akan mengetengahkan tentang ekonomi seperti pasaran saham serta isu halal dan haram dalam urusniaga.

“Kita juga akan memberikan pendedahan tentang perubatan Islam mengikut al-Quran dan hadis. Sebolehnya, kita mahu melahirkan imam muda yang mempunyai pengetahuan am yang meluas dan bukan sekadar ilmu agama,” ujar Izelan lagi.

Tambahnya: “Seseorang itu perlu ada keseimbangan antara ilmu dunia dan akhirat. Kita mahu mencari remaja Islam yang boleh seimbangkan antara pengetahuan am dan ilmu akhirat.

“Setakat uji bakat yang diadakan sebelum ini, ada yang bagus dalam ilmu agama dan bacaan ayat al-Quran tetapi tidak mengetahui tentang pengetahuan am. Sebab itu kami perlu membuat dua peringkat sesi uji bakat di setiap lokasi sebelum menentukan 10 peserta yang betul-betul layak.

“Pada peringkat pertama sesi uji bakat dihakimi oleh wakil Jabatan Agama Islam setiap negeri dan setiap peserta diuji dari segi bacaan surah Al-Fatihah, surah lazim dan pengetahuan agama Islam.

“Bagi yang berjaya ke peringkat kedua akan diuji dinilai tentang pengetahuan am dan penampilan. Selain itu, alumni Imam Muda 1 turut berpeluang mengadili sesi uji bakat ini.

“Peserta yang berjaya ke peringkat seterusnya akan diadili oleh saya dan Pengetua Imam Muda, Datuk Hassan Mahmood Al-Hafiz pada minggu depan.”

Untuk sesi uji bakat di sini, juri yang terlibat adalah Ustaz Tarmizi mewakili Jabatan Agama Islam Negeri, penerbit eksekutif Nizam Mansah, Nizam Hamid, Izelan Basar, Asmawi (Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan), Imam Muda Asyraf dan Imam Muda Miril.

Peserta yang hadir berusia antara 18 hingga 27 tahun terdiri dari pelbagai latar belakang seperti sekolah pondok, universiti dan golongan profesional seperti doktor dan jurutera.

Sesi uji bakat di sini berakhir pada 6 Mac bermula pukul 8 pagi hingga 5 petang. Peserta yang berminat perlu membawa salinan kad pengenalan dan dua keping gambar bersaiz 4R.

Siaran uji bakat Imam Muda 2 akan bermula pada 1 April ini, pukul 9 malam di Astro Oasis (saluran 106) manakala 10 peserta yang terpilih akan berentap pada 29 April.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan