Fauzi Nawawi Terima Kejutan Hari Jadi Ke-38

Diterbitkan: Ahad, 6 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fauzi menerima kejutan Hari Jadi daripada isterinya, Lisdawati di Restoran Rebung, Bangsar, Jumaat lalu. - Foto LOW LAY PHON
Fauzi menerima kejutan Hari Jadi daripada isterinya, Lisdawati di Restoran Rebung, Bangsar, Jumaat lalu. - Foto LOW LAY PHON

KUALA LUMPUR: Tiga hari menjelang Hari Jadi ke-38, pelakon Fauzi Nawawi menerima kejutan daripada isterinya, pelakon Lisdawati di Restoran Rebung, Bangsar, di sini, Jumaat.

Kejutan berupa kek hari jadi disertai dengan kehadiran dua anak mereka di restoran itu memberikan suasana bermakna kepada Fauzi yang dalam masa sama menemani isterinya mengadakan sidang media berhubung saman fitnah terhadap pelakon Nadia Mustafar.

Kata Lisda, kejutan itu terpaksa dilakukan lebih awal kerana suaminya berada di Pulau Pinang pada 7 Mac ini kerana menjalani penggambaran drama Metafora terbitan RTM bermula 5 hingga 20 Mac.

Sempena majlis hari jadinya itu, Fauzi berazam untuk menunaikan haji di Mekah sebagai Rukun Islam kelima yang diwajibkan kepada umat Islam yang mampu.

“Saya sudah mempunyai isteri yang cantik, anak-anak yang comel, rumah dan kereta sendiri, jadi sekarang ini saya mahu membuat persiapan untuk menunaikan Rukun Islam kelima iaitu mengerjakan haji.

“Selain itu, saya mahu melangkah ke layar perak. Tetapi disebabkan tawaran berlakon filem agak kurang, jadi saya sedang merangka skrip filem bergenre aksi, komedi dan seram usahasama dengan rakan-rakan dalam industri,” katanya yang terkenal dengan lakonan watak antagonis.

Bercerita tentang Metafora, drama tersebut turut diterajui oleh Aqasha, Almy Nadia, Wan Raja, Datuk Jalaluddin Hassan dan Mahmud Ali Basha.

Walaupun watak pembantu, dia masih menerima tawaran drama tersebut kerana Fauzi tidak terlalu selektif biarpun baru memenangi dua anugerah Pelakon Lelaki Drama Terbaik di Anugerah Skrin 2010 dan Anugerah Seri Angkasa 2010 pada tahun ini.

“Saya mahu buktikan yang saya masih sama seperti dulu dan menerima tawaran lakonan yang dirasakan berbaloi. Malah saya tidak pernah mengubah harga yang perlu dibayar untuk setiap kerja yang saya lakukan.

“Alhamdulillah, saya sentiasa menerima tawaran berlakon termasuk melakonkan watak komedi. Antara drama komedi yang belum ditayangkan adalah Hantu Gigi pada 9 April ini dan Pucuk Muda Kerabu Tauge,” ujarnya.

Cerita pelakon drama Sebelum Akhirat ini, dia lebih berminat melakonkan drama komedi kerana tidak mahu stres di lokasi penggambaran.

“Saya tak mahu stereotaip dengan watak ganas dan jahat. Jika melakonkan watak jahat selepas ini, saya mahu tampil dengan imej kemas dan bergaya,” katanya yang turut ditawarkan sebagai duta produk kopi kesihatan di samping isterinya.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan