Prism Sedia Bantu Promosi Produk Muzik Tempatan

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengurus besar Prism, Ong Peng Chu
Pengurus besar Prism, Ong Peng Chu

PETALING JAYA: Selepas membantu pelbagai penyanyi menyertai pertandingan-pertandingan sehingga ke peringkat antarabangsa, kini Badan Hak Pelaku dan Persembahan Artis Sdn Bhd (Prism), menubuhkan pula bahagian khidmat nasihat dan promosi untuk membantu ahli-ahlinya mempopularkan produk muzik mereka.

Menurut pengurus besarnya, Ong Peng Chu, ahli-ahli Prism yang tidak mempunyai syarikat rakaman atau pemuzik bebas dan masih kekurangan pengetahuan dalam bidang promosi akan diberi khidmat nasihat mengenai perkara itu.

"Ia telah pun bermula pada awal Januari lalu dan khidmat ini juga memudahkan lagi para artis yang ingin bertapak dalam industri muzik tempatan.

"Tahun ini, dengan kerjasama Majlis Muzik Malaysia, kami akan mengadakan kempen kesedaran melalui acara bersiri yang telah pun dirancang bersama.

"Kempen ini bertujuan untuk menerangkan kepada ahli-ahlinya dan orang awam tentang pentingnya pengurusan hak cipta dan harta intelek secara sistematik," katanya.

Tambah Ong, pihaknya turut menganjurkan beberapa kursus dan seminar yang memberi pengetahuan dan maklumat perniagaan dalam bidang muzik kepada penggiat seni tanah air serta orang awam.

Kursus tersebut akan dikendalikan oleh penceramah profesional dalam bidang perniagaan muzik di Malaysia dan antarabangsa.

"Melalui program dan kempen-kempen tersebut, ia merupakan salah satu usaha jangka panjang Prism bagi menjaga hak dan kepentingan artis Malaysia.

"Kerjasama daripada kesemua pihak terutamanya termasuklah daripada pihak media amat kami perlukan bagi menyampaikan mesej kepada pemuzik, artis dan orang ramai," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan