Al Hidayah Bakal Kupas Isu Semasa

Diterbitkan: Sabtu, 5 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Program keagamaan Al-Hidayah memasuki musim baru sejak 4 Mac lalu.

Ia menemui penonton setiap Jumaat, pukul 1 tengah hari di TV3.

Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama, TV3 & TV9, Nurul Aini Abu Bakar, berkata sejak diperkenalkan pada tahun 2001, program yang memberi fokus kepada golongan penonton wanita menerima sambutan yang sangat menggalakkan.

“Al-Hidayah berperanan untuk mendidik penonton, menjadikan Al-Quran dan hadis sebagai perkara utama sebagai panduan membentuk keperibadian kerana Al-Quran dan Hadith merupakan mukjizat Rasullulah yang ditinggalkan sebagai panduan untuk umatnya.

“Kami berharap agar pembaharuan yang dilakukan dalam musim terbaru ini terus menjadi teman setia para Muslimah dalam menjalani proses pembelajaran untuk kesejahteraan hidup,” ujarnya

Program tersebut bersiaran selama 30 minit masih mengekalkan Nazrah Noor Rahmat sebagai pengacara.

Al-Hidayah musim baru ini lebih khusus, sufi dan fokus menjadikan kupasan topik lebih mendalam sambil menyentuh hati.

Episod pertama menyiarkan isu ‘Hikmah Mussibah’ yang akan membuka persoalan individu yang dilanda musibah seperti kematian, kesakitan, kemiskinan, kegagalan dan kekalahan berdasarkan ayat Al-Quran.

Lebih istimewa ia akan menampilkan ulama tersohor iaitu Datuk Abu Hassan Al-Hafiz untuk merungkai takrif musibah, apa perlunya musibah, jenis-jenis musibah dan bagaimana menghadapi musibah.

Dalam pada itu, antara kelainan pada musim baru ini adalah huraian topik yang dibantu dengan klip grafik dan paparan visual menarik dengan diselang-seli lagu-lagu kerohanian dan nasyid.

Manakala dalam segmen kedua pula akan memperkenalkan tokoh keagamaan dalam memulakan kajian dan perbincangan. Selepas itu, responden yang telah mengalami situasi sebenar akan ditampilkan untuk mendapatkan kesimpulan pada penghujung rancangan.

Al-Hidayah 2011 diterajui oleh Ezzah Abdul Aziz Fawzy sebagai Penerbit Eksekutif dan diterbitkan oleh Fauzana Ainuddin Radzuan dari Primeworks Studios.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan