Temu Duga Imam Muda Dapat Sokongan Keluarga

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara barisan juri sesi temuduga Imam Muda
Antara barisan juri sesi temuduga Imam Muda

PETALING JAYA: Sambutan menggalakkan terhadap program realiti Imam Muda bukan sahaja daripada kalangan peserta uji bakat, malah semangat keluarga yang hadir bagi memberi sokongan.

Perkara ini dilihat pada sesi temu duga yang diadakan di Wisma MUIS, Kota Kinabalu Sabah minggu lalu yang telah mendapat sambutan tanpa diduga.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, mereka amat berbesar hati dan menyambut baik sokongan yang ditunjukkan seluruh anggota masyarakat terhadap program ini.

“Walaupun ia memfokuskan kepada generasi muda, namun kami terharu dengan sokongan daripada ahli keluarga mereka yang turut sama hadir bagi memberi semangat.

“Bagi kami keluarga memainkan peranan penting dalam pembangunan masyarakat dan pembangunan ummah. Astro Oasis sebagai sebuah saluran gaya hidup Muslim sentiasa berusaha menyuburkan sistem kekeluargaan Islam melalui setiap programnya,” katanya.

Tambahnya, kualiti yang ditunjukkan oleh para peserta yang menghadiri sesi temu duga ternyata semakin meningkat berbanding tahun lalu.

“Ramai peserta yang berpotensi telah dikenal pasti bermula di Johor Baru, Kelantan, Kedah, Kuantan dan terbaru di Kota Kinabalu dan ini meningkatkan lagi semangat kami untuk meneruskan pencarian terakhir di Kuala Lumpur.

“Kami turut menjangkakan lebih ramai anak muda yang bersemangat untuk turut serta dan mengambil peluang di lokasi terakhir ini. Sememangnya, golongan muda ini memang sentiasa berani menyahut cabaran yang dilontarkan kepada mereka,” ujar Izelan

Bagi mewujudkan perubahan untuk musim ini, pihak Astro juga membuka peluang kepada umat Islam dari seluruh dunia untuk datang ke uji bakat Imam Muda untuk musim yang kedua.

Bagi memartabatkan lagi penggunaan Bahasa Malaysia, calon antarabangsa yang berminat mestilah berkebolehan untuk bertutur dalam Bahasa Malaysia sebagai syarat utama menyertai program Imam Muda musim kedua ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pelapis dan penyambung warisan serta memikul tanggungjawab sebenar sebagai seorang Imam, dijemput hadir ke sesi temu duga terakhir yang akan diadakan pada Sabtu dan Ahad ini bertempat di Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Mereka yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar saiz 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah, Surah Lazim dan mempunyai pengetahuan agama Islam.

Siri pencarian Imam Muda musim kedua ini bakal bersiaran menerusi Astro Oasis (saluran 106) bermula 25 April 2011.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan