Rossa Bukan Punca Yoyok Ambil Syabu - Berita Hiburan | mStar

Rossa Bukan Punca Yoyok Ambil Syabu

Diterbitkan: Jumaat, 4 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rossa tidak ada kaitan dengan punca penglibatan Yoyok terhadap Syabu
Rossa tidak ada kaitan dengan punca penglibatan Yoyok terhadap Syabu

JAKARTA: Penyanyi Rossa dikaitkan sebagai punca bekas suaminya, pemain dram kumpulan Padi, Yoyok mengambil dadah jenis Syabu sehingga ditangkap.

Yoyok juga dikatakan tertekan dengan penceraian yang berlaku antara mereka dan mengambil jalan hitam tersebut sebagai penyelesaian.

Bagaimanapun, perkara tersebut di bantah keras oleh peguam Yoyok, Noni T Purwaningsih yang memberitahu bahawa keretakan rumah tangga anak guamnya itu tiada berkait dengan kes dadah tersebut.

"Perkara ini tiada kena mengena dengan Rossa kerana selepas berpisah mereka tetap mempunyai hubungan baik terutamanya dalam hal menjaga anak mereka," katanya seperti dipetik Kompas.com.

Namun begitu, Noni tidak mengetahui perkara sebenar yang menyebabkan Yoyok terlibat dengan ketagihan dadah ini.

"Saya tidak tahu tentang masalah peribadinya. Tugas saya hanya membelanya di muka pengadilan. Saya perlu sentiasa berfikiran positif. Apa yang saya tahu dia ditangkap ketika berada di kediamannya dan Yoyok hanya menyerah diri sahaja," katanya.

Noni juga memaklumkan tentang keadaan Yoyok yang kini ditahan di sebuah badan pencegahan dadah di Jakarta dan dilaporkan berada dalam keadaan sihat.

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan