Perjalanan Tarian Sasha Bashir

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sasha Bashir Foto The Star oleh ROHAIZAT MD DARUS
Sasha Bashir Foto The Star oleh ROHAIZAT MD DARUS

PETALING JAYA: Pengacara jelita Sasha Bahsir mengakui cinta terhadap seni tarian menjadikannya salah seorang pejuang seni tari terutamanya tarian-tarian tradisional.

Kata Sasha, usaha melakukan dokumentari pelbagai tarian tradisional dari beberapa buah negara dapat memberi kesedaran betapa pentingnya setiap tarian kepada kewujudan sesebuah kelompok masyarakat.

“Saya mula belajar menari sejak berusia lima tahun lagi. Dari situ saya berjinak-jinak dengan pelbagai jenis tarian dan mengambil kelas tarian daripada cikgu Linda Jasmin.

“Sehinggalah melanjutkan pelajaran ke sebuah pusat pengajian di Australia dalam bidang Seni Tari.

“Daripada pengalaman tersebut juga saya yakin untuk berkongsi dengan masyarakat tentang budaya serta tarian masyarakat lain di dunia,” katanya ketika ditemui di pelancaran program Dansa musim kedua, di sini, Rabu.

Sahsa yang bakal keluar dengan sebuah program majalah berjudul Dansa 2- The Journey Continues pada 10 Mac ini menganggap peluang tersebut sebagai cabaran baginya.

“Saya rasa puas dapat melihat pelbagai jenis tarian termasuk tarian orang asli yang sebelum ini saya tidak pernah tahu.

“Banyak rintangan yang terpaksa saya lalui sepanjang pengembaraan ini terutamanya dari segi masa yang terlalu panjang,” katanya.

Dokumentari ini juga mengupas mengenai tarian tradisional dari pelbagai lokasi, tempatan dan antarabangsa, termasuklah Malaysia, Makassar, Macau, Thailand dan Taiwan.

Tambahnya, pengalaman sepanjang pengembaraan tersebut banyak mengajarnya tentang makna sesebuah tarian.

“Pengembaraan selama tujuh bulan ini memberi banyak pengalaman kepada saya. Saya rasa terlalu banyak yang saya tidak tahu tentang tarian.

“Dari situ juga saya faham bahawa setiap tarian mempunyai makna dan misterinya tersendiri bergantung kepada tujuan tarian tersebut,” katanya.

Selain mempelajari tarian, penonton turut berpeluang berkongsi pengalaman dan kesusahan yang dialaminya ketika mempelajari tarian tersebut.

Tidak lengkap dengan itu, Sasha juga sedang menyiapkan buku Dansa 2 untuk berkongsi pengalaman manis dengan peminat-peminat tarian lain.

“Buku pertama berjudul Dansa: A dance Journey yang diterbitkan pada tahun 2009 mendapat sambutan sangat menggalakkan.

“Kini saya sedang menyiapkan buku kedua berjudul Dansa 2 – The Journey Continues ini berkemungkinan berada di pasaran pada Julai ini ,” katanya.

Dansa 2 akan bersiaran pada setiap Khamis mulai 10 Mac ini pukul 7.30 malam menerusi saluran ntv7.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan