Pelakon 'Terima Kasih Cinta' Tidak Pura-Pura Menyanyi

Diterbitkan: Khamis, 3 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pat Ibrahim (kanan) bersama-sama pelakon utama Terima Kasih Cinta iaitu Norish Karman dan Tony Eusoff.
Pat Ibrahim (kanan) bersama-sama pelakon utama Terima Kasih Cinta iaitu Norish Karman dan Tony Eusoff.

PETALING JAYA: Pengarah dan pelakon teater muzikal Terima Kasih Cinta (TKC) menafikan mereka hanya berpura-pura menyanyi dengan menggerakkan mulut atau miming apabila menyanyikan lagu-lagu untuk pementasan teater itu yang berlangsung dari 19 Februari lalu.

Pementasan itu dijangka berakhir pada 6 Mac depan di Istana Budaya.

Menurut Akhtar Amin yang berlakon sebagai salah seorang assemble dalam muzikal tersebut, dia merasa agak kecewa apabila segelintir penonton memberikan komen di Internet mengatakan 19 pelakon muzikal berkenaan melakukan assemble miming.

“Kami tidak melakukan miming sebaliknya semua pelakon dalam muzikal TKC menyanyi secara langsung.

“Bukan mudah untuk kami mengawal suara dan tidak boleh bercakap selepas keluar dari pentas kerana mikrofon masih berfungsi lima minit selepas itu,” kata Akhtar kepada mStar Online.

Sementara Pat Ibrahim yang menerajui muzikal tersebut sebagai pengarah dan koreografer juga memberikan reaksi yang terkejut dengan dakwaan yang tidak berasas itu.

“Dalam TKC langsung tiada miming kerana para pelakon telah menjalani latihan selama lapan minggu dari pukul 2 petang sehingga 10 malam setiap hari sebelum pementasan ini bermula,” jawab Pat yang pernah mengarah Konsert Satu Datuk Siti Nurhaliza.

Seperti yang dipaparkan di akhbar, tidak dinafikan ramai yang memuji lontaran vokal kebanyakan pelakon TKC.

Turut serta menjayakan TKC adalah Safura, Norish Karman, Vince Chong, Nadia Aqilah, Shajiry Damery, Farahdhiya, Deja Moss, Anding Indrawani dan Diddy Hirdy.

“Saya rasa apabila ada yang mengkritik seolah-olah pelakon itu miming, maknanya ia ibarat pujian kepada saya kerana itu menunjukkan nyanyian pelakon assemble TKC sangat bagus.

“Kiranya kerja keras kami berbaloi kerana berjaya menghasilkan harmoni yang membuatkan penonton terpukau,” kata Pat yang sedang menjalani latihan muzikal Lat Kampung Boy.

Komposer Roslan Aziz bertindak selaku pengarah muzik TKC yang diterbitkan oleh Primeworks Studios itu.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 6:51 PM

Sherry Ibrahim Tak Hilang, Masih Laris

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan