THR Gegar Raih 1.68 Juta Pendengar Pantai Timur

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara penyampai radio THR Gegar iaitu Nazz (kiri) Nazim, Nasa dan Suzana. - Foto NORAFIFI EHSAN
Antara penyampai radio THR Gegar iaitu Nazz (kiri) Nazim, Nasa dan Suzana. - Foto NORAFIFI EHSAN

KUALA LUMPUR: THR Gegar berjaya mengekalkan rekod sebagai stesen radio nombor satu di Pantai Timur dengan mempunyai 1.68 juta pendengar di Kelantan, Terengganu dan Pahang.

Menurut penyampainya, Nasa dan Nadira Azizan, stesen radio tersebut memutarkan lagu-lagu dangdut, kenegerian, lagu pop dan pelbagai rentak lagu terkini yang dirasakan mampu memenuhi cita rasa pendengar.

Selain Nadira dan Nasa, THR Gegar turut dikendalikan oleh Rezzlynn, Isma Halill, Nazz, Azaari dan Nazim.

Biarpun begitu, mereka juga berani memutarkan lagu-lagu baru yang tidak diputarkan oleh stesen radio lain seperti Luahan Hati nyanyian kumpulan Kristal, Muah (Suzanne) dan Ahmad (Arora Salwa).

“Kami hanya berikan apa yang pendengar mahukan termasuk borak kosong dan hadiah.

"Misalnya saya akan membincangkan topik yang berlaku di Pantai Timur pada setiap pagi dalam segmen Ceria Pagi bersama Nasa dan Suzana dari pukul 6 hingga 10 pagi.

“Mereka gemarkan sesuatu yang ceria dan relaks. Kami juga tidak lupa memutarkan semua jenis genre lagu yang popular dan tidak popular termasuk lagu k-pop, XPDC, Bunkface, Wali Band dan Metallica.

“Kita tidak terlalu melihat kepada populariti semasa sesebuah lagu itu tetapi asalkan lagu tersebut memenuhi cita rasa pendengar,” kata Nasa.

Nasa dan Nadira juga sempat berkongsi kejayaan salah sebuah program yang diputarkan di stesen radio itu iaitu ‘Konsert THR Gegar Terengganu’ yang telah memenangi Rancangan Hiburan Terbaik pada Anugerah Seri Angkasa 2010 baru-baru ini.

Konsert tersebut dirakamkan pada bulan Mac 2010 di Dungun, Terengganu dan berjaya menghimpunkan 80,000 penonton.

Kata Nasa, kemenangan itu merupakan kejayaan pertama yang diraih oleh stesen radio itu selepas diambil alih oleh Airtime Management Programming Sdn Bhd (AMP) pada tahun 2005.

Bermula 6 Mac ini, THR Gegar menawarkan hadiah RM50,000 kepada pendengar untuk peraduan Mesin Wang Gegar selama empat minggu.

Pendengar hanya perlu mendaftar di www.thr.fm/gegar atau menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan melengkapkan slogan “Gegar Di Hatiku Kerana…” untuk layak mengambil bahagian dalam peraduan.

Setiap hari, dari masa ke masa seorang peserta akan dihubungi dan peserta itu perlu menyebut “Gegar!” apabila mendengar nilai wang yang dikehendaki dan jumlah wang yang terakhir yang disebut itu akan menjadi hadiah peserta.

THR Gegar turut menganjurkan Konsert Ceria Bersama Hotlink menampilkan artis jemputan Akim dan Tomok pada 19 Mac di Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu, 2 April (Hotel Zenith, Kuantan) dan 16 April (Hotel Renaissance, Kota Baru).

Ia hanya terhad kepada 1,500 orang.

“Kami akan membuat promosi melalui radio dan bergerak ke tiga lokasi iaitu Mydin Mall, Kuala Terengganu pada 9 dan 10 Mac, Eastcoast Mall, Kuantan (23 dan 24 Mac) dan KB Mall, Kota Baru (14 dan 15 April).

“Penonton konsert tersebut berpeluang mendapat cakera padat lagu terbaru Tomok dan Akim secara eksklusif,” kata Nadira.

Dia mengendalikan segmen ‘Pilihan Hindi Power’ pada setiap Jumaat, pukul 8 malam hingga 12 tengah malam serta ‘Pilihan Pantai Timur’ pada setiap Sabtu, pukul 3 petang hingga 8 malam.

iklan

Video

Selasa, 25 November 2014 1:00 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 2)

Selasa, 25 November 2014 8:48 PM

Ahli Geng Mamak Ditembak Mati

Isnin, 24 November 2014 8:01 PM

Sejauh Mana Anda Tahu? (Bahagian 1)

Rabu, 19 November 2014 12:15 AM

Izreen Azminda Mahu Padam Kenangan Lalu

Kolumnis

iklan

Produk Berkaitan

Iklan