Noryn Masih Berahsia Status Kahwin, Buang Imej Seksi

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Noryn Aziz kini tampil lebih sopan. Foto TheStar M.RAJAN
Noryn Aziz kini tampil lebih sopan. Foto TheStar M.RAJAN

SHAH ALAM: Ketika orang ramai heboh memperkatakan kononnya penyanyi Noryn Aziz, 35, sudah berumah tangga dengan salah seorang VIP, penyanyi itu bagaimanapun masih mahu merahsiakan mengenai desas desus tersebut.

Noryn berkata, dia enggan mengesahkan statusnya sebagai seorang isteri orang kerana menganggap hal tersebut terlalu peribadi untuk diceritakan secara umum.

"Maaf, ia terlalu peribadi untuk dikongsi. Bagi saya, sesiapa yang tahu, tahulah. Kalau ada yang ingin tahu status sebenar saya, datang dan bertanya kepada saya, soalan itu akan dijawab dengan jujur dan ikhlas.

"Cuma saya tidak mahu menjawab soalan ini jika jawapannya dipaparkan secara umum.

"Ini kerana, ada beberapa perkara yang perlu dijaga dan saya mahu menyimpan hal ini secara peribadi," tuturnya yang ditemui pada majlis Pra-Pelancaran 'Divas Las Vegas' Minggu Setiausaha di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) 2011, di sini, Selasa.

Tambah Noryn, dia enggan masyarakat fokus pada kisah peribadinya berbanding karier yang ingin ditonjolkan.

Sementara itu, bekas ahli kumpulan Sister Sister itu turut memberitahu bahawa dia bersyukur kerana berimej lebih sopan selepas menunaikan haji pada Oktober tahun lalu.

"Alhamdulillah, sekarang ini saya sedang berada dalam proses untuk menutup aurat. Saya mula berimej “turban” selepas menunaikan haji bersama kedua ibu bapa saya.

"Pengalaman mengerjakan haji memang menyeronokkan dan pada masa yang sama juga menginsafkan, susah untuk digambarkan dengan kata-kata.

"Selama 46 hari tinggal sebilik bersama ibu dan ayah, kami lebih rapat, berbanding sebelum ini. Maklumlah, bila dah sibuk, kita jarang luangkan masa bersama keluarga.

"Banyak juga insiden-insiden yang berlaku sepanjang menunaikan ibadat di Mekah.

"Di sana, salah satu doa yang diminta ialah agar saya memperoleh kebahagiaan keluarga serta rumah tangga pada masa depan serta di akhirat," tuturnya.

Dalam pada itu, Noryn juga memberitahu, walaupun sudah bergelar hajah, dia masih lagi menjadi penyanyi seperti biasa, tetapi lebih kepada penampilan yang sopan.

"Ketika saya mula nekad untuk memakai “turban”, masa itulah pelbagai tawaran nyanyian serta penajaan yang datang dan kebanyakannya memerlukan saya tampil dengan imej yang mendedahkan.

"Bagaimanapun, saya tolak dan menganggapnya sebagai cabaran dan dugaan yang datang daripada Allah S.W.T," ujarnya.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan