'MagSeven' Dokumentari Terbaru Di ntv7

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Antara paparan menarik dalam MagSeven di ntv7. - Foto ntv7
Antara paparan menarik dalam MagSeven di ntv7. - Foto ntv7

PETALING JAYA: Stesen televisyen ntv7 menampilkan dokumentari tempatan terbaru berjudul MagSeven yang merangkumi pelbagai topik bermula 6 Mac, depan.

Ia akan bersiaran pukul 3.30 petang.

MagSeven tampil untuk mengupas variasi topik yang luas. Dari haiwan liar, sains dan teknologi, forensik penyiasatan hinggalah pekerjaan luar biasa.

Tema yang berlainan turut diperkenalkan dalam setiap episod untuk memuaskan minda penonton yang sentiasa berminat tentang apa sahaja yang berlaku di negara ini.

Paparan tentang sekumpulan burung dari spesis terancam di Malaysia akan dipertontonkan yang mana penonton berpeluang mengetahui bagaimana burung-burung ini meneruskan kemandirian spesisnya di bandar dan konflik yang timbul akibat persekitaran itu.

Penonton juga dapat menyaksikan cabaran seorang pemuda dalam meneruskan legasi bapanya sebagai penjinak ular yang disegani.

Paparan lain juga mengenai sebuah pekan di Sabah menjadi makmur dengan aktiviti rumpai laut dan kesungguhan salah seorang penduduknya dalam meningkatkan taraf kehidupan masyarakat setempat dengan penggunaan teknologi yang lebih maju untuk menuai tumbuhan itu.

Selain itu, MagSevenjuga menampilkan tema tentang pekerjaan luar biasa.

Untuk sesetengah orang, sumber pendapatan mereka dijana dalam pejabat berhawa dingin yang selesa.

Berlainan pula dengan penyelenggara kereta kabel di Langkawi, iaitu kabel yang paling curam di Asia Tenggara, nyawa mereka menjadi taruhan dalam menjana pendapatan.

Ketahuilah lebih lanjut tentang pekerjaan mereka dalam salah satu episod MagSeven.

“Selain padat dengan maklumat, setiap episod disampaikan dengan penceritaan yang tersusun. agar penonton dapat menggarap pengisiannya”, kata Penerbitnya, Gan Bock Khim.

Sementara itu, Pengurus Kumpulan Pengurusan Penjenamaan ntv7, Emilya Ab Rahim berkata program itu bukan sekadar menyampaikan informasi malah turut berharap orang ramai dapat mengambil iktibar daripada setiap topik yang disiarkan.

“MagSeven adalah sebuah dokumentari pertama ntv7 yang berfokuskan keadaan dalam negara.

“Pengisian rancangan kami bukanlah untuk hiburan semata-mata, tetapi kami sentiasa berhasrat untuk membuka mata dan minda penonton kami dengan pelbagai rancangan yang bermanfaat”, tambahnya lagi.

Untuk maklumat selanjutnya, sila layari www.ntv7.com.my, www.tonton.com.my, ataupun http://mobile.ntv7.com.my.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan