Enam Peserta Mentor 5 Diumum

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Barisan peserta Mentor musim ke 5
Barisan peserta Mentor musim ke 5

PETALING JAYA: Enam peserta dipilih sebagai “protoge” dalam rancangan Mentor musim ke 5 yang bakal berlangsung pada 6 Mac ini.

Antara peserta tersebut ialah Salma, Ayish, Ratna, Shiha, Aiman dan Iqa.

Kesemua mereka telah memulakan latihan dan persiapan bersama Mentor masing-masing iaitu Erra Fazira (Salma), Noh Hujan (Ayish), Afdlin Shauki (Ratna), Datuk Sharifah Aini (Shiha), Rahim Maarof (Aiman) dan Edry Halim (Iqa).

Menurut Eksekutif dan Pengarah Mentor 5, Muhamad Sufian Isa, setelah melakukan sesi uji bakat barisan Mentor telah melakukan pemilihan dengan teliti.

"Kami telah menerima penyertaan hampir tiga ribu orang di enam sesi uji bakat dan kiriman demo nyanyian.

"Selain menjadi inspirasi, Mentor juga menggalas tanggungjawab dalam perancangan strategi mengasah bakat protoge mereka," katanya pada sidang media Showcase Mentor musim ke 5, di sini, Selasa.

Tambahnya, cabaran utama ialah terhadap jangkauan penonton lebih tinggi berbanding tahun-tahun sebelum ini.

“Dua siaran Mentor minggu lalu menunjukkan rating yang tinggi iaitu 3 juta penonton, jadi cabarannya ialah kita mahu jumlah tersebut kekal dengan memberikan yang terbaik.

“Persiapan rapi telah dibuat untuk memastikan semua berjalan lancar untuk konsert pertama pada Ahad ini,” katanya.

Musim kelima masih mengekalkan format pemarkahan yang sama iaitu 50 peratus daripada juri berpengalaman, 30 peratus melalui undian khidmat pesanan ringkas (SMS) dan 20 peratus daripada juri awam.

Pengacara Mentor 5 masih mengekalkan Ally Iskandar, selain Nas Ahmad sebagai pengacara bersama untuk kisah di sebalik tabir.

Manakala Ajai sebagai Penasihat Vokal, Adam sebagai Penasihat Persembahan, Faizal Uzir sebagai Pengarah Muzik dan Ramli M.S dilantik sebagai juri tetap buat pertama kalinya.

Juara rancangan itu melayakkan protoge membawa pulang sebuah kereta Chevrolet Cruz.

Kedua-dua protoge dan mentor masing-masing akan turut menerima wang tunai RM100,000.

Bagi tempat kedua protoge akan mendapat sebuah Vespa LX150 dan masing-masing akan menerima RM30,000 bagi mentor dan protoge.

Konsert mingguan Mentor akan disiarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSB) pada setiap Ahad pukul 9 malam.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan