Doa Fouziah Gous Di Mekah Makbul

Diterbitkan: Rabu, 2 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon Fouziah Gous (gambar) menganggap kejayaan terhadap rating drama Trilogi Cinta yang telah mencecah 1.5 juta penonton sebagai rezeki doanya ketika menunaikan umrah di Mekah pada bulan Ramadan tahun lalu.

Drama tersebut disiarkan di TV1 pada setiap Ahad hingga Selasa, pukul 10 malam.

Wanita berusia 29 tahun ini meluahkan rasa syukur dan tidak lupa menghargai jasa penerbit dan pelakon Rosyam Nor serta pengarah drama Amie Maziah kerana memilihnya sebagai salah seorang teraju utama sebagai Norjinah dalam drama tersebut.

“Alhamdulillah, saya rasa sangat bersyukur dan berterima kasih kepada peminat yang mengikuti drama Trilogi Cinta. Sebenarnya, saya agak terkejut kerana tidak menyangka ramai yang mengikutinya.

“Mungkin rezeki doa saya di Mekah sebelum ini. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Abang Rosyam dan Amie Maziah yang memberikan saya peluang dan kepercayaan untuk membawa watak beremosi seperti Norjinah.

“Saya sedar memang drama ini menjadi satu cabaran yang besar kerana emosi yang mendalam dan saya pula belum berkahwin serta mempunyai anak,” katanya kepada mStar Online.

Fouziah tidak menafikan, memegang watak Norjinah yang berkahwin pada usia muda dengan duda anak dua memberikan cabaran yang hebat kepadanya.

“Saya perlu pastikan lakonan saya tidak kaku dengan anak-anak dan suami yang dilakonkan oleh Abang Rosyam.

“Tetapi alhamdulillah, saya sangat bersyukur kerana mendapat maklum balas yang positif daripada penonton,” ujarnya lagi.

Pelakon filem Ratu The Movie ini juga merasakan mungkin faktor keserasian antara kru produksi dan para pelakon menjadi salah satu penyebab kejayaan drama tersebut.

“Saya sudah menganggap semua kru yang terlibat seperti adik-beradik dan sebab itu kami mudah memberikan kerjasama yang baik,” katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Kala Terbit Cinta untuk TV Al-Hijrah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan