Oscar 2011: Melissa Leo Mohon Maaf Terlepas Perkataan Lucah Ketika Berucap

Diterbitkan: Selasa, 1 Mac 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Keterujaan Melissa Leo memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-83 menyebabkan dia terlepas perkataan lucah ketika menyampaikan ucapan kemenangannya. - Foto EPA
Keterujaan Melissa Leo memenangi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-83 menyebabkan dia terlepas perkataan lucah ketika menyampaikan ucapan kemenangannya. - Foto EPA

PEMENANG kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Anugerah Akademi ke-83, Melissa Leo memohon maaf di atas keterlanjurannya menggunakan perkataan 'f***' ketika berucap pada anugerah berprestij yang berlangsung di Kodak Theatre, Hollywood, Ahad.

Leo yang memenangi kategori tersebut menerusi filem The Fighter berkata, keterujaannya menggondol anugerah tersebut buat julang kalinya sepanjang bergelar pelakon menyebabkan dia begitu gembira sehingga terlepas perkataan itu dalam ucapannya.

Sedar akan keterlanjuran itu, Leo yang ditemui di belakang pentas selepas itu memohon maaf kerana menggunakan perkataan lucah di dalam acara siaran langsung itu.

"Saya memohon maaf kepada sesiapa sahaja yang tersinggung dengan perkataan tersebut. Ianya terkeluar secara spontan dan tidak disengajakan.

"Saya sedar perkataan itu tidak sepatutnya terpacul daripada mulut saya terutamanya dalam majlis rasmi dan berprestij seperti Oscar," katanya yang dipetik portal Daily Mail.

Kemenangan aktres berusia 50 tahun itu sememangnya dijangkakan sejak awal lagi biarpun berdepan saingan sengit daripada aktres Amy Adams yang turut tercalon menerusi filem The Fighter dan Helena Bonham Carter (The King's Speech).

Selain Leo, seorang lagi aktor filem itu, Christian Bale turut memenangi kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan