Taylor Swift Temui Cinta Baru

Diterbitkan: Ahad, 27 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SELEPAS putus dengan aktor Jake Gyllenhaal, penyanyi country, Taylor Swift kini sudah menjumpai penggantu Jake.

Dikhabarkan, Taylor baru menjlinkan hubungan cinta denga bintang baru Glee, Chord Overstreet.

Aktor yang berusia 22 tahun itu ternyata bertuah kerana walaupun baru saja menjadi bintang baru Hollywood, dia berjaya memikat hati penyanyi popular dunia.

Baru-baru ini, Taylor dan Chord pernah dilihat bermain hoki bersama di Los Angeles dan Taylor kelihatan seperti begitu mengagumi aktor tersebut.

"Lenggok tubuh badan masing-masing yang tampak mesra membuktikan hubungan mereka lebih daripada persahabatan. Malah pasangan itu turut berpegangan tangan," kata sumber kepada laman web showbiz Spy.

Bagaimanapun, pihak Taylor belum memberi sebarang kenyataan mengenai khabar angin tersebut.

Awal Januari lalu, Taylor kelihatan agak tertekan apabila bekas kekasihnya, Jake memutuskan hubungan mereka kerana bosan dengan penyanyi tersebut.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan