Filem-Filem Komedi Hebat Temui Penonton Bulan Mac!

Diterbitkan: Ahad, 27 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Force Of Nature
Force Of Nature

PETALING JAYA: Sepanjang bulan Mac 2011 ini, penonton Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi stesen Dunia Ria, TV2, berpeluang berhibur dan bergelak ketawa dengan rangkaian lima filem komedi hebat berturut-turut yang disiarkan khas untuk penonton setia salurannya.

Bermula dengan filem Madea’s Family Reunion (2 Mac 2011) dan diikuti Force of Nature (9 Mac 2011), Juat Like heaven (16 Mac 2011), Last Holiday (23 Mac 2011) sebelum diakhiri dengan filem Win A Date With Tad Hamilton (30 Mac 2011), kesemua filem tersebut akan disiarkan setiap Rabu, pukul 10.00 malam.

Madea’s Family Reunion mengisahkan tentang rancangan pertemuan semula keluarga Madea, dimana seorang nenek yang bekerja sebagai pembungkus senapang (Tyler Perry) seornag yang telalu berhaja-jaga dalam persekitaran kehidupannya. Dalam filem ini, Tylerbergandingan dengan Blair Underwood dan Lyn Witfield.

Filem Force of Nature yang dilakonkan oleh gandingan aktor dan aktres terkenal Ben flack dan Sandra Bullock pula mengisahkan watak Ben Holmes sedang berusaha ke Savannah untuk majlis perkahwinannya. Ben berjaya menaiki pesawat terakhir, namun seekor burung camar terlanggar enjin pesawat itu dan menyebabkan pesawat tersebut tidak dapat meneruskan perjalanan.

Oleh itu Ben terpaksa menumpang kereta orang yang baru dikenalinya bernama Victor dengan seorang wanita yang pelik bernama Sara.

Seterusnya menerusi Just Like Heaven, Dr. Elizabeth Masterson seorang wanita yang kuat bekerja. Namun suatu hari dia telah terbabit dengan kemalangan jalan raya selepas 26 jam bertugas di sebuah hospital.

Tiga bulan kemudian, David Abbott seorang arkitek lanskap yang mulai pulih daripada kesedihan selepas kehilangan isterinya, menyewa pangsapuri Elizabeth di Sans Francisco. Semasa menyewa di pangsapuri tersebut, roh Elizabeth sering datang. Kebetulan hanya David yang mampu melihatnya malah selalu berselisih pendapat dengannya. Kemudian tanpa diduga mereka jatuh cinta antara satu sama lain. David cuba untuk mencari siapa Elizabeth dan dia terkejut dengan apa yang ditemuinya.

Filem menggabungkan unsur romantik ini menyaksikan lakonan berkesan Reese Witherspoon, Mark Ruffalo dan Donal Logue.

Kemudiannya berhibur pula dengan filem Last Holiday lakonan Queen Latifah, LL Cool J, Timothy Hutton, Giancarlo Esposito, Alicia Witt dan Gérard Depardieu yang mengisahkan jangka hayat Georgia Byrd hanya tinggal 3 minggu sahaja kerana dia mengidap penyakit ketumbuhan dalam otak.

Sebelum tiba hari kematiannya, dia telah berhenti kerja dan bercuti di Presedential Suite. Dia menjalani kehidupan yang serba mewah sehingga menjadi perhatian ramai individu berkedudukan.

Gabungan kisah cinta tiga segi dan hasrat gadis menjadi cinta sebenar kemudiannya menjadi latar filem Win A Date With Tad Hamilton lakonan Kate Bosworth, Topher Grace, Josh Duhamel, Nathan Lane, Sean Hayes dan Gary Cole.

Ia mengisahkan seorang gadis bernama Rosalee, berjaya memenangi peraduan ‘Keluar Bersama Tad Hamilton’, seorang selebriti lelaki Hollywood yang agak nakal dan menjadi dambaan remaja perempuan termasuk Rosalee sendiri.

Apabila Tad Hamilton berjumpa Rosalee, Tad tanpa diduga telah jatuh cinta kepadanya. Begitu pun konflik terjadi antara mereka apabila kawan baik Rosalee iaitu Pete Monash pula berterus-terang bahawa dia menyintai kawan baiknya itu. Di situlah Rosalee mula terperangkap dengan cinta tiga segi.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan