Luna Maya Bantah Indonesia Sekat Filem Hollywood

Diterbitkan: Sabtu, 26 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Ugutan pengedar filem-filem Hollywood untuk berhenti menayangkan produk mereka ke seluruh Indonesia ditentang oleh pelakon Luna Maya.

Sebagai pencinta filem-filem Hollywood, dia menganggap filem tersebut menjadi inspirasi kepada industri filem Indonesia.

"Filem dari Hollywood menjadi inspirasi kepada pembikin filem Indonesia termasuk saya," kata Luna seperti dipetik Kompas.com.

Dalam pada itu, Luna menyatakan kesedihannya dan kecewa apabila filem-filem bermutu dari luar tidak dibawa masuk ke negara itu.

"Undang-undang yang mengenakan bayaran tinggi untuk filem luar masuk ke negara kita seharusnya dikaji semula. Saya tidak setuju kalau undang-undang tersebut menyebabkan kita ketinggalan dalam industri perfileman dunia," kata kekasih vokalis Nazriel Irham ini.

Tambah Luna, bayaran seharusnya bersesuaian dan sama dengan filem-filem tempatan kelauran negaranya itu.

"Sebagai peminat filem dan penonton wayang saya rasa ia bukan satu langkah yang bijak," katanya.

Jelas Luna, jika perkara itu terjadi, dia hanya akan mencari file-filem Hollywood terbaru melalui cakera pada DVD.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan