7000 Orang Banjiri Maher Zain Live In Concert 2011

Diterbitkan: Sabtu, 26 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seramai 7000 orang membanjiri Stadium Malawati bagi menyaksikan persembahan penyanyi terkenal berasal dari Lubnan, Maher Zain, di sini, Jumaat.

Konsert Maher Zain Live in Concert 2011 ini diadakan selama dua hari iaitu 25 dan 26 Februari khusus bagi peminat-peminatnya di Malaysia.

Penyanyi yang popular dengan lagu Insha Allah ini dibawa oleh Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia telah menyaksikan gabungan antara Maher dengan 10 pemuzik profesional bertaraf antarabangsa.

Konsert dibuka dengan persembahan penyanyi nasyid terkenal Malaysia, Inteam, penyanyi nasyid Canada, Irfan Makki dan Mesut Kurtis dari Macedonia.

Maher yang muncul kira-kira setengah jam selepas pembukaan konsert pada pukul 9 malam itu memulakan persembahan lagu Allahuakhbar telah mendapat reaksi dan tepukkan gemuruh daripada para penonton.

Dalam persembahan lagu Insha Allah Maher membuat kejutan dengan menampilkan vokalis kumpulan Padi dari Indonesia, Fazly bagi menyanyikan lagu tersebut dalam bahasa Melayu.

Pada konsert hampir dua jam itu, Maher menyanyikan 16 buah lagu hit dalam album Thank You Allah antaranya Barakallah, For The Rest of My Life, Thank You Allah, Ya Nabi Salam Alaika dan Hold My Hand.

Sepanjang konsert berlangsung, kelihatan peminat-peminat Maher tidak putus-putus memberi reaksi positif dan memberi semangat dengan turut sama menyanyi lagu - lagunya.

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan