Jay Iswazir (Pilih Kasih 2) Anggap Parut Bawa Tuah

Diterbitkan: Jumaat, 25 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Jay Iswazir ketika melakonkan monolog pada Pentas Akhir Pilih Kasih 2 di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, di Senawang, Ahad.
Jay Iswazir ketika melakonkan monolog pada Pentas Akhir Pilih Kasih 2 di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, di Senawang, Ahad.

PETALING JAYA: Artis Pilih Kasih musim kedua, Jay Iswazir yang diumumkan sebagai Pelakon Terbaik TM pada Pentas Akhir Pilih Kasih 2 di Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad, di sini, Ahad lalu akan mengekalkan parut di pipi kanannya.

Ini kerana, kata pemilik nama Ahmad Iswazir 29, parut itu memberi tuah kepadanya terutama peluang ditawarkan berlakon watak antagonis.

Tidak dinafikan suatu ketika dulu dia pernah berasa rendah diri dengan kecacatan pada wajahnya itu namun lama-kelamaan dia semakin selesa dan tidak menghiraukan pandangan orang lagi.

“Sebenarnya, parut ini terjadi kerana muka saya ditimpa ketuhar ketika berumur lima tahun. Waktu itu, kulit antara mulut ke pipi saya terkoyak dan doktor terpaksa menjahit bahagian itu.

“Menurut doktor, parut ini boleh dihilangkan tetapi waktu itu saya tidak terfikir untuk membuangnya.

“Walaupun telah menceburi bidang seni, saya belum merancang untuk berbuat demikian. Tetapi mungkin suatu hari nanti apabila saya sudah bersedia baru saya akan lakukan,” katanya kepada mStar Online.

Jay berkata, dia mengambil contoh pelakon Adlin Aman Ramli yang sebelum ini pernah mempunyai ‘tanda’ di pipi tetapi berjaya juga menerima tawaran berlakon.

Bercerita tentang program realiti tersebut, Jay terpaksa akur apabila hanya menang sorak tetapi kalah dengan mendapat tempat keempat.

“Saya rasa sedikit kecewa kerana saya memasuki program ini untuk bergelar juara.

“Bagaimanapun, saya tidak menyangka yang saya mempunyai ramai peminat tetapi dalam masa yang sama saya agak pelik apabila undian untuk saya agak tercorot,” kata graduan dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Seri Iskandar, Perak ini.

Namun begitu, kekalahan itu tidak melemahkan semangat Jay yang sebelum ini menjadikan pemenang tempat ketiga, Ku Hariz sebagai saingannya.

Sementara itu, Ku Hariz atau nama sebenarnya Ungku Hariz Faizal Ungku Mohamed Fadli, 26, akui tidak terguris apabila menjadi bahan usikan oleh juri iaitu Fauziah Nawi dan Prof Madya Dr Abu Hassan Hasbullah serta Penerbit Eksekutif Pilih Kasih, Rosyam Nor kerana fizikalnya yang rendah.

“Saya percaya dalam kekurangan ini pasti ada kelebihan kepada saya. Saya akan cuba mencari peluang dalam bidang lakonan ini walaupun ditawarkan watak kecil sekalipun.

“Saya akan cuba menerimanya asalkan watak itu dan skripnya menarik,” katanya.

Bagi Yuzwan Yunus atau nama sebenarnya Mohd Izwan Yunus, 24, yang memenangi tempat kedua dalam program itu berjanji akan menjaga tingkah laku dan disiplin setelah bergelar seorang pelakon selepas ini.

“Walaupun saya tidak mempunyai paras rupa yang menarik, namun saya akan cuba mencari kelebihan lain yang boleh dilakukan.

“Saya akan mengkaji watak dan kelemahan saya serta mahu memberi tumpuan dalam bidang lakonan secara sepenuh masa.

“Saya sukakan watak antagonis dan berminat untuk mencuba pelbagai jenis watak selepas ini,” ujarnya yang pernah bekerja sebagai usahawan tani.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan