'Imam Muda 2' Dapat Sambutan Pelajar Mesir

Diterbitkan: Khamis, 24 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Para peserta menunggu giliran temu duga.
Para peserta menunggu giliran temu duga.

KUALA LUMPUR: Sesi uji bakat program Imam Muda musim kedua (IM2)mendapat sambutan menggalakkan daripada kumpulan pelajar Malaysia dari Mesir di Masjid Negeri Sultan Ahmad 1, Kuantan pada 19 dan 20 Februari lalu.

Menurut Pengurus Saluran Astro Oasis, Izelan Basar, Imam Muda amat berbesar hati dan menyambut baik kehadiran kumpulan pelajar dari Mesir yang pulang ke tanah air untuk turut serta dalam program itu.

“Selain mampu merancakkan persaingan dalam Imam Muda musim kedua, Astro Oasis berupaya untuk memanfaatkan masa cuti para pelajar sementara berada di Malaysia.

“Biarpun mereka terpaksa menangguhkan pengajian buat sementara, kami menjanjikan suatu pengalaman yang terbaik akan dilalui oleh mereka seandainya terpilih sebagai peserta.

”Kami turut menjangkakan lebih ramai anak muda yang bersemangat untuk turut serta dan mengambil peluang menyertai porgram yang diwujudkan kepada mereka ini.

"Sememangnya, golongan anak muda ini memang berani menyahut cabaran yang dilontarkan kepada mereka,” ujar Izelan

Menceritakan pengalaman menghadiri sesi temu duga Imam Muda musim kedua, Tuan Muhammad Akmalhakim Tuan Mazri, pelajar jurusan perubatan daripada Universiti Ain Shams, 21, berkata dia telah mengikuti program Imam Muda sejak musim pertama lagi menerusi laman sosial Facebook.

“Apabila saya terpaksa pulang dan menangguhkan pengajian disebabkan pergolakkan yang berlaku di Mesir, saya berasa terpanggil untuk memasuki program Imam Muda yang merupakan sebuah program berilmu yang bagus untuk disertai.

Saya mencuba nasib di samping untuk menimba ilmu,” katanya.

Bagi mewujudkan perubahan untuk musim ini, pihak Astro membuka peluang kepada Muslimin dari seluruh dunia untuk datang ke uji bakat IM2.

Bagi memartabatkan lagi penggunaan Bahasa Malaysia, calon antarabangsa yang berminat mestilah berkebolehan untuk bertutur dalam bahasa berkenaan sebagai syarat utama menyertai IM2 ini.

Bagi mereka yang berminat untuk menjadi pelapis dan penyambung warisan serta memikul tanggungjawab sebenar sebagai seorang imam, dijemput hadir ke sesi temu duga seterusnya. Pendaftaran dibuka dari pukul 8.00 pagi sehingga 4.00 petang.

Ia akan diadakan seperti berikut;

25 – 26 Februari 2011: Wisma MUIS, Kota Kinabalu, Sabah. 05- 06 Mac 2011: Kompleks Pusat Islam, Kuala Lumpur.

Kriteria masih lagi seperti musim lepas iaitu lelaki beragama Islam yang fasih berbahasa Melayu dan boleh menguasai lebih dari satu bahasa di samping berusia di antara 18 hingga 27 tahun serta sihat tubuh badan.

Bagi yang berminat hanya perlu membawa salinan kad pengenalan berserta dua keping gambar berukuran 4R di samping boleh membaca Surah Al-Fatihah serta surah-surah lazim dan mempunyai pengetahuan mendalam dalam agama Islam dan hal ehwal semasa.

Siri pencarian Imam Muda musim kedua bakal bersiaran di saluran rasmi, Astro Oasis (saluran 106) bermula 25 April 2011.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan