Livonia, Juara 'Pilih Kasih' Tolak Watak Gedik

Diterbitkan: Rabu, 23 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Livonia
Livonia

PETALING JAYA: Juara Pilih Kasih musim kedua, Livonia Ricky Guing (Livonia), 20, menolak untuk melakonkan watak gedik atau menggoda.

Ratu Cantik Borneo 2009 itu yang berasal dari Kuching, Sarawak itu, berkata dia lebih tertarik dengan watak sedih seperti ibu kehilangan anak atau wanita ganas.

Bercerita tentang kemenangannya yang bukan menjadi pilihan ramai penonton di auditorium pada malam itu, Livonia akui terkejut dan menganggap mungkin penonton di Sabah dan juga Sarawak lebih ramai yang mengundi melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) terhadapnya.

"Saya rasa terkejut dengan kemenangan ini kerana nama saya kurang disebut oleh penonton sebagai juara berbanding finalis yang lain terutama Jay Iswazir.

"Mungkin peminat saya kurang ada di Semenanjung tetapi ramai yang mengundi saya di Sarawak dan Sabah.

"Bagaimanapun, saya sudah bersedia untuk menghadapi dunia seni di luar sana. Bukan bermakna saya sudah menganggap diri sudah sempurna tetapi akan meningkatkan kebolehan diri sendiri," kata Livonia.

Menurut pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kota Samarahan, Sarawak ini, dia berjanji akan menggilap bakatnya dalam bidang lakonan dan tarian.

"Saya boleh menari sambil berlakon. Jadi, saya akan belajar lebih lagi untuk menjadi yang terbaik.

"Saya juga sukakan teater muzikal kerana agak mudah dilakukan berbanding drama," ujarnya yang berhasrat menukar pengajiannya ke UiTM Shah Alam bagi memudahkan perjalanan karier seni dan pembelajarannya.

Sementara itu, Penerbit Eksekutif Pilih Kasih, Rosyam Nor menjelaskan sebab Livonia dipilih sebagai juara.

"Saya mencari juara yang boleh membawa jenama Pilih Kasih ke hadapan. Jadi, kriteria yang ada pada Livonia adalah mempunyai bakat, karisma dan rupa paras.

"Ikutkan Yuzwan Yunus (naib juara) dan Ku Hariz (tempat ketiga) juga mempunyai potensi yang kuat untuk bergelar juara tetapi undian penonton juga banyak membantu kedudukan mereka.

"Jay Iswazir pula dipilih sebagai Pelakon Terbaik TM setelah melihat peningkatan prestasinya dari minggu pertama hingga minggu kesebelas," ujarnya.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan