Tuah Elaine Daly Bawa Watak Nenek Saudara

Diterbitkan: Isnin, 21 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Elaine Daly memenangi Anugerah Pelakon Wanita Drama TV Terbaik menerusi drama Apa Dosaku di Anugerah Seri Angkasa 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu. - Foto SHAARI CHE MAT
Elaine Daly memenangi Anugerah Pelakon Wanita Drama TV Terbaik menerusi drama Apa Dosaku di Anugerah Seri Angkasa 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu. - Foto SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Selepas hampir lapan tahun menceburi bidang lakonan, pelakon Elaine Daly tidak menyangka pertama kali meraih Anugerah Pelakon Wanita Drama TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa 2010 menerusi drama Apa Dosaku yang disiarkan di Astro Citra.

Tuah kepada dirinya juga melakonkan watak Sybil Kathigasu yang merupakan kisah benar nenek saudaranya yang berlaku pada Perang Dunia Kedua.

Sebalik kemenangan itu, dia juga berterima kasih kepada pengarah Bernard Chauly yang banyak mengajarnya untuk menghayati watak tersebut dengan mengambil masa sebulan untuk membuat persediaan sebelum betul-betul menjalani penggambaran yang memakan masa hampir empat bulan itu.

“Saya sangat gembira dan bangga dengan diri-sendiri sehingga tidak boleh berkata apa-apa. Kejayaan ini juga ditujukan kepada semua team produksi yang sama-sama bertungkus-lumus menjayakan drama itu.

“Saya anggap kemenangan ini juga berkat saya bersabar menghadapi setiap kesukaran dalam melakonkan watak ini di samping bantuan Bernard Chauly yang merupakan seorang pengarah hebat,” ujarnya dalam satu sidang media di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Kekuatan ‘Perempuan’ adalah Dira

Sementara itu, pengarah drama, Mohd Fahmi Sarindi menganggap kekuatan jalan cerita dan watak lakonan Dira Abu Zahar dalam drama Perempuan menjadi sebab ia dinobatkan sebagai Drama TV Terbaik dalam majlis yang sama.

Drama ini turut menampilkan pelakon Syed Ali, Zoey Tan, Tony Eusoff, Syed Aiman, Rozie Rashid, Azri Iskandar, Khatijah Tan dan Zila Bakarin.

“Drama ini mengangkat darjat wanita itu sendiri, lahir dari hati yang ikhlas dari manusia bernama perempuan.

“Kita tidak tahu tentang seseorang itu yang nampak buruk tetapi mungkin ada satu yang suci.

“Selain itu, lakonan Dira yang membawakan watak pada tiga latar masa yang berbeza juga menjadi salah satu kekuatan dan cabaran semasa saya mengarah drama ini,” kata Fahmi.

Wahid Nasir angkat drama radio agar tidak pupus

Beralih kepada penulis skrip A. Wahid Nasir yang memenangi Anugerah Skrip Drama Radio Terbaik menerusi drama Tasik di Klasik Nasional, dia menganggap drama radio merupakan genre skrip drama kreatif yang perlu diangkat agar tidak pupus.

“Saya perhatikan ramai orang tidak memberikan perhatian kepada drama radio yang sebenarnya lebih sukar untuk dilakukan berbanding drama televisyen.

“Saya rasa kecewa apabila ramai yang tidak mengambil endah kepada drama radio kerana saya takut lama kelamaan drama radio akan pupus dan hilang begitu sahaja,” katanya yang kali pertama meraih anugerah tersebut selepas melibatkan diri dalam bidang penulisan skrip drama radio sejak tahun 1975.

Selepas bertahun-tahun berehat sementara daripada drama radio dan beralih kepada penulisan skrip drama televisyen, akhirnya dia kembali menulis semula untuk drama radio pada tahun 2009.

“Tahun ini merupakan tahun pertama saya dicalonkan dalam Anugerah Seri Angkasa dan kali pertama juga memenangi Anugerah Skrip Drama Radio Terbaik.

“Drama tersebut bertemakan tentang isu semasa melibatkan masalah mental dan psikologi sehingga mempengaruhi seseorang itu untuk melakukan pembunuhan.

“Namun saya selitkan tentang ilmu agama secara halus dan akhirnya seseorang itu kembali ke pangkal jalan,” ujarnya lagi yang akan terlibat dengan penulisan skrip drama televisyen terbaru.

Dua anugerah hadiah Lin kepada Suria FM

Bagi pemenang Anugerah DJ Radio Wanita Terbaik dan Anugerah Rancangan Interaktif Radio Terbaik menerusi program Suria Cinta, Roslinda Abdul Majid atau dikenali dengan panggilan DJ Lin Suria FM berkata kemenangan itu ibarat hadiah kepada pihak pengurusan Suria FM.

“Kemenangan kali ini merupakan kemenangan berganda selepas memenangi dua anugerah dalam dua pencalonan sekaligus.

“Saya benar-benar tak sangka boleh menang dan terima kasih kepada pihak Suria FM yang membenarkan saya menyiarkan program Suria Cinta selama enam hari seminggu bermula Jun 2010,” ujarnya yang terlibat dalam bidang penyiaran sejak tahun 2000.

Lima tahun lalu, dia pernah memenangi anugerah yang sama menerusi program Citra Cinta ketika berkhidmat di Red 104.9.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan