Mampukah Hans Isaac Mengarah Teater?

Diterbitkan: Isnin, 21 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Hans (kiri) bersama Lat.
Hans (kiri) bersama Lat.

PEMENTASAN LAT Kampung Boy Sebuah Muzikal (LKBSM) yang akan berlangsung di Istana Budaya pada 16 Mac hingga 3 April depan merupakan satu pengalaman baru buat Hans Isaac yang bertindak sebagai pengarah teater itu.

Sebagai air tangan barunya, Hans masih tertanya-tanya sama ada dia benar-benar mampu atau tidak untuk mengarah sebuah teater?

Bagaimanapun selepas melihat Datuk Mohd Nor Khalid atau Lat yang amat dikagumi dengan karya-karya kartunnya, maka Hans dan Harith Iskander yang bertindak sebagai pengarah bersama berjanji akan untuk memberi komitmen sepenuhnya bagi memperlihatkan karya berkenaan benar-benar mempunyai nilai sentimental terhadap penonton.

“Cabaran paling besar ialah memikirkan kaedah terbaik untuk kami persembahkan lima segmen animasi Lat menjadi kartun,” kata Hans.

LKBSM diterbitkan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) dengan kerjasama Tall Order Production (TOP) dan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK).

Ia merupakan teater pertama yang mengadaptasi daripada sebuah novel grafik ke bentuk teater muzikal.

Antara pelakon yang bakal menyertai pementasan teater ini ialah Awie sebagai Lat, Atilia (Faizah - isteri Lat), Jalil Hamid (Bapa Lat), Datuk Rahim Razali (Pak Samad), Douglas Lim (Franky, kawan baik Lat) dan Sandra sebagai Puan Hu.

Ikuti apa kata Hans berhubung teater pertama arahannya itu.

Apa yang mendorong Hans untuk mengambil tanggungjawab sebagai pengarah teater ini?

Sokongan daripada seluruh kumpulan produksi, terutamanya Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) yang bertindak sebagai penerbit bersama bagi LKBSM. Saya bersyukur kerana mempunyai kumpulan yang hebat untuk teater ini. Istana Budaya, Datuk Lat, Harith Iskander, Michael Veerapen, Awie dan Pat Ibrahim.

Apa yang meyakinkan Hans untuk ambil projek pengarahan pertama ini?

Memang susah bagi saya untuk yakinkan orang lain bahawa saya berkemampuan. Jadi apa yang boleh saya katakan, saya dan Harith (pengarah bersama) akan buat sehabis baik. Kami berjanji untuk berikan komitmen 150 peratus bagi projek ini dan berharap supaya kerja keras itu dapat dilihat serta dinilai apabila dipentaskan kelak.

Hans turut bertindak sebagai penerbit bagi projek ini, satu tugas yang cukup besar. Bagaimana dengan tumpuan sebagai pengarah? Tidakkah terganggu?

Tak ramai yang tahu bahawa saya dah buat kerja-kerja sebagai penerbit LKBSM sejak enam bulan lalu. Sebelum orang lain tahu mengenai projek ini, saya dan ITNM telah lama mulakan pelbagai proses pembikinan teater ini. Saya cuma perlu aturkan masa saya dan memilih pada waktu mana saya perlu bertindak sebagai penerbit dan bila masa pula saya perlu berperanan sebagai pengarah.

Apakah cabaran paling besar dirasakan sepanjang tempoh produksi ini?

Cabaran paling besar ialah memikirkan kaedah terbaik untuk kami persembahkan lima segmen animasi Lat menjadi kartun. Satu lagi cabaran untuk LKBSM ini ialah bagaimana untuk kami gabungkan muzik dengan koreografi dan jalan cerita. Sehingga kini, ia masih belum dilakukan... Banyak perkara akan berlaku dalam tempoh dua, tiga minggu ini, sebelum kami dapat melihat sama ada semua “rojak” yang kita rancang sebelumnya, serasi atau tidak untuk digabungkan bersama.

Apa usaha yang dibuat untuk memahami kehidupan Lat?

Saya akan buka buku Lat setiap hari untuk mengkaji kartun-kartun lukisannya, kerana untuk kami berjumpa selalu pun bukannya mudah. Tapi di peringkat awal ketika proses penyediaan skrip, saya dan Harith memang kerap berulang-alik ke Ipoh bertemu Datuk Lat.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan