Kontroversi Sombong Ajar Akim Kekal Imej Bersih

Diterbitkan: Isnin, 21 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Akim ketika majlis pengumuman rasmi sebagai duta Wall's Cornetto di Neutral Club, Jalan P. Ramlee, Khamis.-Foto SAMUEL ONG
Akim ketika majlis pengumuman rasmi sebagai duta Wall's Cornetto di Neutral Club, Jalan P. Ramlee, Khamis.-Foto SAMUEL ONG

KUALA LUMPUR: Pernah suatu ketika dahulu, nama penyanyi Akim disebut-sebut sebagai artis sombong dan sehingga kini dakwaan itu meninggalkan kesan kepada diri pemenang tempat ketiga Akademi Fantasia musim ketujuh itu.

Bagaimanapun, dia menganggap kontroversi yang pernah melanda dirinya sebelum ini tidaklah seteruk mana jika dibandingkan dengan nasib yang menimpa artis lain.

Namun begitu, penyanyi lagu Inilah Cinta dan Bengang ini yang dua tahun berturut-turut dilantik sebagai duta aiskrim Wall’s Cornetto tidak menafikan untuk menjadi duta produk, seseorang artis itu perlu mempunyai imej bersih.

“Saya akui seseorang artis itu perlu mempunyai personaliti yang baik dan bagus untuk menjadi duta produk.

“Bagaimanapun saya merupakan manusia biasa yang mungkin ada melakukan kesilapan dan terlepas cakap.

“Pengalaman masa lalu banyak mengajar saya melalui kehidupan sebagai artis dan saya sentiasa belajar dari semasa ke semasa. Keluarga juga banyak memberikan sokongan,” katanya ketika majlis sidang media bersama-sama Stacy dan Wall’s Cornetto di Neutral Club, Jalan P. Ramlee, di sini.

Menyentuh tentang dakwaan sombong itu, Akim berkata orang yang tidak mengenalinya pasti tidak mengetahui tentang sifatnya yang jarang senyum sehingga menyebabkan mereka menganggap dia sebegitu.

Beralih kepada karier seninya, Akim yang baru muncul dengan single terbaru berjudul Janji akan terlibat menggubah lagu untuk penyanyi Ema AF8.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan