Keupayaan Maroon 5 Diuji Di Bukit Jalil

Diterbitkan: Isnin, 21 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PEMINAT-PEMINAT kumpulan muzik popular antarabangsa Maroon 5 (gambar) buat julung kalinya berpeluang menyaksikan persembahan kumpulan tersebut secara langsung di Stadium Bukit Jalil, pada 29 April ini, pukul 9 malam.

Selepas mencipta pengaruh besar menerusi dua album yang meraih jualan platinum, Songs About Jane (2002) dan It Won’t Be Soon Before Long (2007), Maroon 5 kembali dengan rangka promosi album ketiga, Hands All Over.

Siri konsert jelajah yang bermula pada Julai tahun lalu itu telah membawa kumpulan tersebut untuk menjelajah ke seluruh United Kingdom, Amerika Syarikat, termasuk beberapa negara Asia seperti Thailand, Indonesia, Hong Kong, Taiwan, Filipina, Jepun dan Australia.

Menurut pengarah PR Worldwide, Para Rajagopal, pemilihan Maroon 5 berdasarkan populariti kumpulan tersebut di Malaysia yang mempunyai kelompok pengikut tersendiri.

“Kami memilih Maroon 5 untuk konsert kali ini kerana kami percaya mereka mempunyai bilangan peminat yang ramai di sini. Lagi pula kumpulan ini belum pernah datang atau membuat sebarang konsert di Malaysia.

“Jadi peluang tersebut diambil berikutan Maroon 5 dalam rangka konsert jelajah dunia. Kami dimaklumkan sambutan di beberapa negara Asia sangat menggalakkan. Baru-baru ini di Indonesia tiket habis dalam masa sehari sahaja apabila ia dijual,” katanya.

Konsert siri jelajah ini bertujuan mempromosi album ketiga berjudul Hands All Over yang baru dilancarkan pada September tahun lalu.

Lebih istimewa konsert yang berdurasi 90 minit ini bakal memperdengarkan lagu-lagu dari album terbaru mereka termasuk lagu-lagu hit dari dua album terdahulu.

Kumpulan muzik ini mempertaruhkan genre pop rock dan mula mencapai populariti pada tahun 2000 melalui lagu-lagu popular mereka seperti This Love, She Will Be Loved dan Make Me Wonder yang menduduki tangga tertinggi carta radio seluruh dunia.

Mereka dianggotai oleh Adam Levine (Vokalis), Jesse Carmichael (keyboard), Mickey Madden (bes), James Valentine (gitar) dan Matt Flynn (dram).

Kumpulan ini telah menerima pelbagai anugerah termasuk Grammy Awards 2005 dan mendapat anugerah album platinum di lebih 35 buah negara.

Tambah Para, perancangan awal dibuat pada seawal bulan Ogos tahun lalu dan persetujuan dengan pihak pengurusan Maroon 5 dicapai dalam masa tiga bulan.

“Mereka bersetuju untuk mengadakan konsert di Malaysia selepas beberapa kali perbincangan dilakukan sejak bulan Ogos tahun lalu.

“Namun begitu tiada persembahan dari artis tempatan sebagai pembukaan konsert ini disebabkan masa yang singkat.

“Mereka sampai di Malaysia pada hari konsert tersebut, jadi masa untuk buat persediaan dan latihan terhad. Namun begitu kami akan menggunakan khidmat pengacara tempatan,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan