Fauzi Nawawi Bernazar Bawa Ibu Tunai Umrah

Diterbitkan: Isnin, 21 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Fauzi Nawawi menjulang trofi Anugerah Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik yang dimenanginya di Anugerah Seri Angkasa 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto SHAARI CHE MAT
Fauzi Nawawi menjulang trofi Anugerah Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik yang dimenanginya di Anugerah Seri Angkasa 2010 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, Sabtu. - Foto SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Dengan kemenangan berganda Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik yang diraih oleh pelakon Fauzi Nawawi, 38, di Anugerah Seri Angkasa 2010, dia bernazar untuk membawa ibunya menunai umrah di Mekah.

Bagaimanapun Fauzi yang bersyukur dengan kejayaan kali keduanya selepas memenangi anugerah yang sama menerusi drama yang sama iaitu Sebelum Akhirat di Anugerah Skrin 2010, belum menetapkan tarikh pemergian mereka ke sana.

Menurut pelakon berasal dari Pantai Remis, Perak ini, pada mulanya dia mahu mengerjakan umrah bersama-sama isterinya, pelakon Lisdawati tetapi memandangkan wanita itu baru pulang dari mengerjakan umrah, jadi sebab itu dia memilih untuk pergi dengan ibunya.

“Sebelum memenangi anugerah pada malam ini, saya tidak pernah bernazar apa-apa. Tetapi selepas menang, saya ingat nak mengerjakan umrah dengan ibu kerana Lisda baru lepas mengerjakan umrah sambil menjalani penggambaran di Mekah dengan pengarah Erma Fatima.

“Dengan izin Allah, saya akan lakukan apabila tiba masanya kerana kadangkala perkara yang baik bukan mudah untuk dilaksanakan,” katanya dalam satu sidang media selepas diumumkan sebagai pemenang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), di sini, Sabtu.

Cuba menggambarkan perasaannya pada malam itu, Fauzi yang pernah menjuarai program Sehati Berdansa musim kedua itu akui debarannya begitu memuncak berbanding sebelum ini.

“Saya rasa bukan mudah untuk memenangi anugerah Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.

“Alhamdulillah, kemenangan ini berkat doa anak-anak dan isteri yang banyak bersabar dengan dugaan dalam rumah tangga kami serta ibu saya yang banyak mengajar tentang agama,” ujarnya lagi.

Sebalik kemenangan itu, bapa kepada enam orang anak iaitu empat orang anak hasil perkahwinan pertama manakala dua orang anak bersama Lisda itu sempat berkongsi pengajaran yang diperolehi selepas berlakon drama Sebelum Akhirat.

“Drama ini banyak mengajar saya tentang kehidupan dan memberi kesedaran bahawa apa yang dimiliki sekarang hanyalah pinjaman daripada Allah.

“Selagi diizinkan oleh Allah, saya akan perjuangkan karier lakonan dan bakat yang dipinjamkan ini,” katanya.

Fauzi melibatkan diri dalam bidang seni sejak tahun 1996 dan telah berlakon dalam lebih 50 buah drama serta beberapa buah filem termasuk Tipu Kanan Tipu Kiri, Anak Halal dan Orang Minyak.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan