Farish-Zahrah Terpaksa Berpisah Sementara

Diterbitkan: Ahad, 20 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Farish dan Zahrah kini telah sah bergelar suami isteri.
Farish dan Zahrah kini telah sah bergelar suami isteri.

PETALING JAYA: Pelakon drama Kau dan Aku, Farish Aziz, 27, terpaksa berpisah sementara dengan isterinya, Zahrah Fowzi, 27, selepas pasangan itu diijabkabulkan di Hotel Shang Ri La Tanjung Aru Beach, Kota Kinabalu, Sabah, Jumaat lalu.

Ini kerana isterinya masih baru berkerja sebagai peguam di sebuah syarikat guaman di Sabah manakala Farish terikat dengan kariernya sebagai pelakon dan pengacara di Kuala Lumpur.

Lantas pasangan itu mengambil keputusan untuk tinggal berasingan buat sementara waktu dan berharap perkahwinan jarak jauh ini tidak menghalang mereka untuk mengukuhkan hubungan sebagai suami dan isteri.

Bagaimanapun, Farish dan isteri yang sama-sama berasal dari Kota Kinabalu berkemungkinan akan berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu atau sebaliknya untuk menghabiskan masa bersama-sama.

“Kami telah mengenali dan bercinta selama 14 tahun. Sepanjang menjalinkan hubungan itu, kami sudah biasa berhubung secara jarak jauh dan alhamdulillah hubungan ini kekal sehingga ke jinjang pelamin.

“Ramai juga kawan yang bertanya tentang bagaimana kami menjaga hubungan. Pada saya, mudah sahaja, kami saling percaya antara satu sama lain, tidak terlalu mengongkong dan percaya pada jodoh.

“Selepas berkahwin, biarlah isteri bekerja di Sabah selama dua hingga tiga tahun dahulu kerana dia pun baru memulakan kerja selepas pulang belajar dari Australia selama lima tahun,” kata Farish di Kota Kinabalu yang dihubungi mStar Online.

Farish dan Zahrah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di Hotel Magellan Sutera Harbour, Kota Kinabalu, Sabtu.

Menurut pengacara Chopp! di TV9 itu, dia dan isteri hanya melakukan sebuah majlis resepsi di Kota Kinabalu.

“Kedua-dua majlis iaitu nikah dan sanding ditanggung sendiri oleh saya dan isteri tanpa ada tajaan mana-mana pihak. Kami memilih untuk melakukan majlis nikah di hotel kerana mahukan privasi yang dihadiri oleh 100 orang termasuk keluarga dan rakan terdekat.

“Sementara majlis persandingan dihadiri oleh keluarga kedua-dua belah pihak, saudara-mara dan kawan-kawan yang seramai 800 orang,” ujarnya yang bercinta dengan Zahrah ketika sama-sama menuntut di tingkatan 1 di Sekolah Menengah All Saints, Kota Kinabalu.

Kata Farish, dia tidak pernah menjangkakan akan menamatkan zaman bujangnya pada usia sekarang tetapi setelah memikirkan hubungan mereka yang tiada penghujung dan usia yang bakal mencecah 30 tahun, lantas Farish nekad melamar Zahrah dan mengikat tali pertunangan pada 26 September lalu.

“Perkahwinan ini memberikan lembaran baru dalam hidup saya yang akan dilalui oleh semua orang. Saya mahukan anak dan mempunyai sebuah institusi kekeluargaan yang baik untuk membina kehidupan ke tahap yang lebih baik,” ujarnya yang tidak merancang untuk berbulan madu dalam masa terdekat ini tetapi berkemungkinan pada hujung tahun.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan