Drama Perempuan Dinobat Drama Terbaik ASA 2010

Diterbitkan: Ahad, 20 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Pengarah drama Perempuan, Mohd Fahmi Sarindi ketika menerima Anugerah Drama TV Terbaik oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri. - Foto SHAARI CHE MAT
Pengarah drama Perempuan, Mohd Fahmi Sarindi ketika menerima Anugerah Drama TV Terbaik oleh Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan isteri. - Foto SHAARI CHE MAT

KUALA LUMPUR: Drama Perempuan yang berkisar tentang cabaran wanita dalam masyarakat diangkat sebagai Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2010 (ASA 2010) selain turut merangkul Anugerah Skrip Terbaik pada majlis yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu.

Dalam acara tersebut juga, pengarah drama Apakah Dosaku, Bernard Chauly dinobatkan sebagai pengarah terbaik dan pelakon Eleine Daly merangkul anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

Bagi kategori Pelakon Drama Lelaki Terbaik dimenangi oleh Fauzi Nawawi melalui drama Sebelum Akhirat, manakala Pelakon Drama Komedi Terbaik dimenangi oleh Abby Yus untuk drama Masak Lomak Cili Api.

Selain itu, ASA 2010 turut menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mengungguli kemenangan keseluruhan anugerah rancangan radio dan televisyen di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, Sabtu malam.

Dalam acara yang berlangsung pada malam kedua ini, RTM mendominasi kemenangan apabila meraih sebanyak enam dari 17 anugerah yang dipertandingkan menjadikan jumlah sebanyak 23 anugerah keseluruhannya.

Manakala stesen televisyen Astro pula merangkul tujuh anugerah antaranya Buletin TV Terbaik, Dokumentari TV Terbaik dan Candawara TV Terbaik.

Sementara itu, Media Prima berjaya membawa pulang empat anugerah pada malam ini menjadikan 10 anugerah keseluruhannya.

Tidak ketinggalan juga stesen radio Bernama memenangi tiga anugerah, Thr FM (1) dan Suria FM (2).

Selain itu, bagi anugerah yang menjadi perhataian DJ Radio Terbaik dimenangi oleh Chong Keat Aun (Ai FM) bagi kategori lelaki dan Roslinda Abdul Majid (Suria FM) bagi kategori wanita.

Bagi Anugerah Khas Juri kali ini diberikan kepada wartawan Astro Awani, Ashwad Ismail. Manakala, Anugerah Anugerah Khas Tokoh Penyiaran Swasta diterima oleh Datuk Affendy , sementara Anugerah Tokoh Seri Angkasa diterima oleh Datuk Abdullah Mohammad.

Sebanyak 53 anugerah dipertandingkan bagi setiap program terbitan radio dan televisyen bagi ASA 2010 yang bertemakan Dunia Penyiaran: Citra Budaya Malaysia yang bertujuan menggalakkan persaingan sihat di kalangan penyiar bagi menghasilkan karya-karya bermutu dan kreatif untuk para pendengar dan penonton.

ASA 2010 dianjurkan bersama oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Media Prima, RTM dan ASTRO selepas diadakan pada 2006.

Majlis dihadiri oleh Menteri Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim, kedua-dua Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Joseph Salang dan Datuk seri Kamarudin Siaraf serta Ketua pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahaya.

Majlis turut dihiburkan dengan persembahan artis seperti Anuar Zain, Dayang Nurfaizah dan Datuk Sharifah Aini.

Senarai Pemenang Anugerah:

Anugerah DJ Radio Wanita Terbaik -Roslinda Abdul Majid ( Suria FM )

Anugerah Penyampai Berita Radio Terbaik -Wan Syahrina Wan Ab Rahman ( Bernama Radio 24 )

Anugerah DJ Radio Lelaki Terbaik -Chong Keat Aun ( Ai FM )

Anugerah Penyampai Berita TV Terbaik -Ashwad Ismail, Awani 7.45 (Astro Awani)

Anugerah Pengulas TV Terbaik -Mohd Hafizal Hamad, Pahlawan Akhir Sukan Sea (RTM TV1)

Anugerah Pengacara TV Terbaik -Sarimah Ibrahim Konsert Akademi Fantasia 8 (Astro Ria)

Anugerah Majalah TV Terbaik -Agrotek - Kelapa: Tanaman Eksotik Bernilai Tinggi ( RTM TV1)

Anugerah Rancangan Realiti TV Terbaik -Showdown 2010 ( Episod 9 )

Anugerah Candawara TV (Game Show) Terbaik -Jangan Lupa Lirik (Astro Ria)£)

Anugerah Hiburan TV (Muzikal) Terbaik -Shout Award 2009 (8TV)

Anugerah Buletin TV Terbaik -Awani 7.45 (Astro Awani)

Anugerah Pelakon Komedi TV Terbaik -Abby Yus Masak Lomak Cili Padi (RTM TV2)

Anugerah Skrip Drama TV Terbaik -Siti Jaslina Ibrahim, Perempuan (RTM TV2)

Anugerah Pelakon Wanita Drama TV Terbaik -Elaine Daly, Apa Dosaku (Astro Citra)

Anugerah Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik -Fauzi Nawawi, Sebelum Akhirat ( TV3)

Pengarah Drama TV Terbaik -Bernard Chauly, Apa Dosaku (Astro Citra)

Drama TV Terbaik -Perempuan, (RTM TV2)

Anugerah Dokumentari TV Terbaik -Malaysia My Home : Story Of Sabah & Sarawak ( Astro 301)

Anugerah Buletin TV Terbaik -Awani 7.45 ( Astro Awani )

Anugerah Khas Juri -Ashwad Ismail

Anugerah Khas Tokoh Penyiaran Swasta -Datuk Affendy Nawawi

Anugerah Tokoh Seri Angkasa -Datuk Abdullah Mohammad

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan