Diana Amir Tiada Hubungan Istimewa Dengan Erry Putra

Diterbitkan: Ahad, 20 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon filem Aku Masih Dara, Diana Amir (gambar) menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan aktor kacak Erry Putra seperti mana yang digosipkan di Internet.

Jelas Diana, dia menganggap mesej-mesej mesra di laman sembang twitter antara dia dengan pelakon lelaki tersebut sekadar bahan gurauan semata-mata.

"Bukan menafikan tetapi memang kami tidak pernah kenal rapat sekalipun, saya tidak pernah berjumpa dia, malahan tidak mempunyai nombor telefonnya.

"Kami hanya berhubung melalui twitter sahaja dan sekadar bertegur sapa antara artis. Pada saya, apa yang ditulis oleh Erry hanyalah gurauan selepas penat bekerja " ujarnya yang dihubungi mStar Online.

Kata Diana, sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk dia menjalinkan sebarang hubungan cinta.

"Buat masa sekarang saya belum terrfikir untuk bercinta dengan siapa-siapa pun. Saya serik untuk percaya lelaki.

"Cukuplah dengan pengalaman cinta lalu yang banyak beri pengajaran agar tidak mudah mempercayai lelaki," katanya yang baru sahaja menamatkan penggambaran filem Petiga arahan Farid Kamil.

Sementara itu, Diana turut menjelaskan dakwaan kononya dia hanya berkawan dengan para artis dan peminat lelaki di laman sosial Facebook miliknya.

"Saya ada dengar tentang peminat perempuan yang mendakwa saya tidak terima dia sebagai rakan Facebook.

"Sebenarnya satu akaun facebook saya sudah tidak aktif kerana saya terlupa kata laluan, manakala satu lagi sudah penuh melebihi had rakan. Saya tidak pernah memilih rakan-rakan tertentu untuk menjadi kawan di situ.

"Namun jika ada yang terasa dan kecil hati tentang itu saya minta maaf sebab ia bukan sesuatu yang disengajakan. Mungkin juga saya terlepas pandang ketika itu tapi jauh sekali saya memilih rakan," katanya.

Bagaimanapun jelasnya, bagi peminat yang ingin mengenalinya atau mengetahui perkembangannya boleh ke laman Facebook kelab peminatnya.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan