Anugerah Sri Angkasa 2010 : RTM Raih 16 Anugerah

Diterbitkan: Sabtu, 19 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Tiga personaliti Tv (dari kiri) Ashwad Ismail, Pemenang Anugerah Liputan Berita Tv Terbaik, Hanim Muhili, Pemenang Anugerah Wartawan Tv terbaik dan Aminhayat Abd Rahim Pemenang bagi Pemenang Laporan Khas Berita Tv Terbaik menunjukkan trofi Anugerah Seri Angkasa yang dimenangi oleh mereka pada majlis anugerah berkenaan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam Sabtu.
Tiga personaliti Tv (dari kiri) Ashwad Ismail, Pemenang Anugerah Liputan Berita Tv Terbaik, Hanim Muhili, Pemenang Anugerah Wartawan Tv terbaik dan Aminhayat Abd Rahim Pemenang bagi Pemenang Laporan Khas Berita Tv Terbaik menunjukkan trofi Anugerah Seri Angkasa yang dimenangi oleh mereka pada majlis anugerah berkenaan yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, malam Sabtu.

KUALA LUMPUR: Anugerah Seri Angkasa (ASA) 2010 menyaksikan Radio Televisyen Malaysia (RTM) mendominasi kemenangan pada malam pertama apabila meraih 16 anugerah daripada 31 anugerah yang dipertandingkan, Jumaat.

Dalam acara yang berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, RTM meraih sembilan anugerah menerusi kategori TV dan tujuh anugerah bagi kategori radio.

Antara kategori yang dimenangi oleh RTM antaranya Bicarawara Radio Terbaik, Skrip Radio Terbaik, Buletin Radio Terbaik dan Rancangan TV Terbaik.

Manakala stesen televisyen Media Prima pula merangkul enam anugerah antaranya Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik, Pengimbangan Muzik TV Terbaik dan Laporan Khas Berita TV Terbaik.

Tidak ketinggalan juga stesen radio Bernama memenangi dua anugerah, Thr FM (1) dan Suria FM (1).

Acara gilang-gemilang pada malam Jumaat, telah dihoskan oleh Khairil Rashid, Stephen, dan Zuhaira.

Majlis turut dihiburkan dengan persembahan artis seperti Adira, Suki, Izwan Pilus, Jaclyn Victor, Shila Hamzah, Wakaka Crew dan artis bintang RTM.

Antara tetamu yang hadir adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi Dan Kebudayaan iaitu Datuk Joseph Salang Gandum dan Datuk Maglin Dennis D'Cruz.

Sementara itu, ASA 2010 yang berlangsung untuk hari kedua, Sabtu, bakal menyaksikan sebanyak 22 anugerah disampaikan iaitu 19 menerusi kategori TV dan tiga kategori radio.

Antara anugerah yang pastinya menjadi tumpuan ramai seperti DJ Radio Lelaki dan Wanita Terbaik, Pelakon Drama Lelaki dan Wanita Terbaik serta Drama TV Terbaik.

Tidak ketinggalan acara kemuncak pada malam Sabtu juga akan disiarkan secara langsung menerusi tiga saluran iaitu TV 1, TV 9 dan Astro Prima bermula pada pukul 8.30 malam.

Anugerah kategori radio

Pengulas Radio Terbaik - Nurjamalina Jamali (Media Prima)

Liputan Berita Radio Terbaik - Laporan F1 2010 (Media Prima)

Buletin Radio Terbaik - Reagan a/l Muniandi @ Premanant (Minnal FM)

Majalah Radio Terbaik - Feminin (Suara Malaysia RTM)

Rancangan Interaktif Radio Terbaik - Suara Cinta (Suria FM)

Drama Radio Terbaik - Tasik (Klasik Nasional)

Rancangan Hiburan Radio Terbaik - Konsert THR Gegar 1 Terengganu (THR FM)

Bicarawara Radio Terbaik - Kerusi Panas (Bernama Radio 24)

Skrip Drama Radio Terbaik - Tasik (Klasik Nasional)

Pelakon Drama Radio Wanita Terbaik - Elliza Abdul Razak (Klasik Nasional)

Pelakon Drama Radio Lelaki Terbaik - Datuk Ahmad Tamimi Siregar (Klasik Nasional)

Kapsul Radio Terbaik - Kempen Kebersihan, Pelancongan dan Keselamatan (Negeri FM)

Pengimbang Muzik Radio Terbaik - Embun Hibiscus (Bernama Radio 24)

Anugerah kategori televisyen

Pelakon Pembantu Drama TV Lelaki Terbaik - Hanis Kamal (Astro)

Pelakon Pembantu Drama TV Wanita Terbaik - Fadhilah Mansor (Media Prima)

Pelakon Drama TV Kanak-Kanak Terbaik - Eyra Hazali (Astro)

Bicarawara TV Terbaik - Isu Khas Gaza (RTM)

Animasi Tempatan TV Terbaik - Abus (RTM)

Rancangan Kanak-Kanak TV Terbaik - Tom Tom Bak Musim 4 (Astro)

Liputan Berita TV Terbaik - Catatan Saksi Mavi Marmara (Astro)

Laporan Khas Berita TV Terbaik - Isu Golongan Gelandangan Di Kuala Lumpur (RTM)

Wartawan TV Terbaik - Hanim Muhili (RTM)

Suntingan Rancangan TV Terbaik - Songkok (RTM)

Jurukamera TV Terbaik - Dosa Semalam (RTM)

Penataan Cahaya Penerbitan Hiburan TV Terbaik - Anugerah Juara Lagu 24 (Media Prima)

Rekaan Set TV Terbaik - Pertandingan Akhir Dikir Barat 2009 (RTM)

Promo/Montaj TV Terbaik - Astro Arena Channel I.D (Astro)

Audio Rancangan TV Terbaik - Songkok (RTM)

Pengimbangan Muzik TV Terbaik - Anugerah Juara Lagu 24 (Media Prima)

Penerbitan Kapsul TV Terbaik - Kapsul Ramadan (RTM)

Rancangan dan Liputan Sukan Terbaik - Menggapai Harapan (RTM)

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan