Raja Azri Persoal Penganjur Teater 'Siti Zulaikha'

Diterbitkan: Khamis, 17 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Raja Azri Kamaruzzaman
Raja Azri Kamaruzzaman

PETALING JAYA: Pengarah teater bangsawan Siti Zulaikha, Raja Azri Kamaruzzaman, 33, mempersoalkan tindakan penganjur teater itu yang dianggap tidak profesional kerana dipercayai menubuhkan sebuah kumpulan baru untuk menggerakkan produksi teater tersebut.

Pertubuhan 1Malaysia adalah pihak yang bertanggungjawab menganjurkan teater itu yang akan dipentaskan pada 26 dan 27 Februari depan di Auditorium Taman Budaya Negeri Melaka dengan kerjasama Pertubuhan Teater Klasik Perak dan Pertubuhan Rumpun Seni dan Teater Shah Alam (Resam).

Azri berkata dia bersama para pelakon yang merupakan kumpulan asal pementasan berkenaan tertanya-tanya sama ada mereka masih lagi diperlukan untuk menjayakan teater itu ataupun pihak produksi memerlukan kumpulan baru yang diwujdukan.

"Kami ingin tahu apa status kami? Adakah kami akan dihantar ke Melaka atau tidak bagi menjayakan pementasan berkenaan? Kalau tidak, beritahulah kami dengan memberikan surat rasmi dan nyatakan sebab-sebabnya.

"Dan selesaikanlah bayaran kepada pelakon-pelakon saya kerana kebanyakan mereka mencari rezeki menerusi bidang ini (berlakon).

"Bayangkan kami sudah membuat latihan selama sebulan dan penganjur seperti tidak mengendahkan kami. Mereka langsung tidak bertanyakan perkembangan latihan teater ini sehinggalah ada khabar angin kononnya penganjur mempunyai kumpulan teater baru," katanya pada sidang media khas di Bangunan MAS, di sini, malam Rabu.

Tambah Azri apa yang merunsingkannya, apabila dia mendapat tahu terdapat sebuah lagi kumpulan produksi yang sedang giat menjalani latihan teater yang sama sehingga 15 ahli daripada kumpulannya itu telah ditarik ke kumpulan baru itu.

"Saya tak tahu adakah benar kewujudan sebuah lagi kumpulan baru. Tetapi berdasarkan apa yang saya tahu, beberapa ahli kumpulan saya telah ditarik untuk menyertai kumpulan baru.

"Malah, salah seorang daripada pelakon saya menerima mesej sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada rakannya (pelakon yang sudah ditarik ke kumpulan baru) yang mengajak pelakon saya itu turut serta dalam kumpulan berkenaan.

"Saya juga difahamkan, latihan daripada kumpulan tersebut sudah lebih dua minggu dijalankan," ujarnya.

Bagaimanapun, Azri berharap agar kemelut itu dapat dileraikan dengan mengetahui status sebenar kumpulan produksinya agar tidak menyusahkan pelakon-pelakon lain yang bertungkus lumus untuk menjayakan teater tersebut.

Antara pelakon utama yang menjayakan teater ini adalah Ani Mayuni (Siti Zulaikha), Dj Pool (Sultan Zainal Ulung), Azza (Putri Nurmanjalela), Khaty Azean (Permaisuri Tua), Syukor Yon (Sultan Arman Ulung) dan Eida Moin (Mak Inang) dengan membabitkan sebanyak 80 pelakon termasuklah penari dan pemuzik orkestra.

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan