Jadual Lakonan Rozita Padat Gara-Gara Tak Jadi Bersara

Diterbitkan: Khamis, 17 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rozita Che Wan
Rozita Che Wan

KUALA LUMPUR: Pelakon Rozita Che Wan yang mengaku tidak jadi bersara dari dunia lakonan berkata akan kembali berlakon hampir 10 drama dan telefilem.

Dia yang baru selesai penggambaran drama Iparku Diva untuk Astro Warna (saluran 132) bagaimanapun enggan mengulas lanjut sebab dia mengambil keputusan tidak jadi bersara.

Biarpun kembali aktif berlakon, pelakon Kiah Pekasam ini tetap membahagikan masanya untuk melakukan perniagaan.

"Saya tak boleh beritahu sebabnya tidak jadi bersara sebagai pelakon. Saya kembali bukan sebab kontrak atau perjanjian dengan sesiapa.

"Bagaimanapun jadual lakonan saya penuh sehingga Jun tahun ini," ulasnya ringkas ketika majlis pelancaran program terbaru Astro Warna di Restoran D'Saji Felda, di sini, Rabu.

Antara program tersebut adalah Iparku Diva yang dilakonkan oleh Rozita sebagai Munirah dan akan disiarkan pada setiap Rabu, pukul 10 malam mulai 9 Mac ini.

Selain Rozita, pelakon lain yang turut membintangi drama tersebut adalah Jasmin Hamid, Beto Kusyairy, Norman Hakim, Balkisyh Semundur Khan, Azhan Rani, dan Datuk Aziz Sattar.

Iparku Diva mengisahkan tentang tiga adik-beradik iaitu Hassan, Hussin dan Hamzah yang telah berkeluarga dan tinggal berdekatan.

Setiap daripada isteri mereka mempunyai perwatakan dan keinginan berbeza.

Munirah mempunyai sebuah butik fesyen dan menganggap dirinya sentiasa mengikut perkembangan fesyen.

Selain itu, kakak kepada pelakon Ayu Raudhah ini juga bakal muncul dalam filem Kembar Siang.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan