Cut Tari Jumpa Sheila Majid

Diterbitkan: Khamis, 17 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Cut Tari
Cut Tari

JAKARTA: Biarpun lebih gemar menghabiskan masa di rumah sejak terlibat dengan kes video lucah, pengacara Indonesia, Cut Tari tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan persembahan Ratu Jazz Malaysia, Datuk Sheila Majid.

Jelas Cut Tari, dia memberanikan diri untuk keluar ke rumah semata-mata ingin menyaksikan konsert 25 tahun, Sheila Majid di JCC Senayan, Jakarta Selatan, malam Selasa.

“Ya, saya jarang keluar dari rumah, ini baru saya keluar rumah dan memberanikan diri untuk berada di khalayak yang ramai semata-mata untuk menyaksikan persembahan Sheila Majid.

“Saya memang meminati Shiela Majid sejak berumur 16 tahun lagi, jadi kesempatan ini memang saya tidak akan lepaskan.

"Walaupun saya ada kerja yang perlu dilakukan ketika ini. Yang paling gembira saya dapat bergambar bersama dengan Sheila,” katanya.

Tambah ibu kepada seorang cahaya mata ini, dia paling meminati lagu Hadir nyanyian penyanyin itu.

Sementara itu, pengacara rancangan Infortainmet tersebut menyatakan bahawa sudah bersedia untuk kembali ke dunia hiburan semula.

“Pertama, saya sudah boleh menerima bahawa semua sudah terjadi, semua sudah saya lalui, saya hanya perlukan kekuatan dari doa.

Menurut Tari, ketika ini bukan masanya untuk bersembunyi dari kes video lucah yang mengheretnya ke muka pengadilan.

“Ya, kini saya sedang buat persiapan untuk kembali semula, tapi kena tunggu semuanya selesai dahulu,” katanya.

“Saya juga sedang belajar untuk menghadapi orang ramai dan Alhamdulilah banyak yang memberi sokongan kepada saya untuk kembali semula,” ujarnya.

Tambah Tari, dia tekad untuk kembali semula kerana rasa rindu yang mendalam terhadap kerjaya yang hampir setahun ditinggalkannya itu.

“Saya sudah hampir 20 tahun berada dalam industri ini, ia bukan lagi masalah rindu tetapi ia sudah menjadi darah daging sejak dari kecil. Semakin saya tinggalkan semakin rindu,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan