Rihanna Tak Mahu Kelihatan Sedih

Diterbitkan: Rabu, 16 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Rihanna
Rihanna

DALAM usianya yang muda, Robyn Rihanna Fenty atau lebih dikenali sebagai Rihanna,22, sudah mengalami pelbagai dugaan dalam perjalanan kerjayanya mahupun cinta.

Dia mengakui sering dipandang sebagai seorang yang agresif dan berani ketika berada di pentas.

Namun begitu dari segi percintaan, penyanyi Rude Boy ini mengakui pernah melalui pengalaman hitam bersama bekas kekasihnya Chris Brown.

Disebabkan peristiwa itu juga, Rihanna mahu persepsi masyarakat terhadapnya berubah.

“Walaupun saya kelihatan tabah dan agresif di mata peminat, saya juga mempunyai sisi yang rapuh juga. Setiap wanita pasti mempunyai perasaan yang sama. Namun begitu saya tidak suka peminat melihat saya sedang menangis atau bersedih.

“Saya lebih suka menyelesaikan masalah peribadi secara bersendirian,” kata Rihanna seperti dipetik dari majalah Interview.

Dalam pada itu, sebagai ikon fesyen, Rihanna juga mengakui di awal kerjayanya dia tidak pernah terfikir tentang pemakaian dan imej diri.

“Saya benar-benar berfikir tentang imej pada tahun 2005 selepas album pertama berjaya. Sehingga kini saya sudah mula obses untuk mengayakan fesyen yang menjadi ikutan peminat,” katanya.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan