Ibrahim Yahya Dilantik Pemangku Presiden ABU

Diterbitkan: Rabu, 16 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ibrahim Yahya. Foto, Malay Mail
Ibrahim Yahya. Foto, Malay Mail

PETALING JAYA: Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM), Datuk Ibrahim Yahaya dilantik sebagai Pemangku Presiden Kesatuan Penyiaran Asia Pasifik (ABU) berkuat kuasa pada 29 Januari lalu.

Pemilihan itu berikutan peletakan jawatan Yoshinori Imai sebagai Presiden ABU dan Naib Presiden Eksekutif, Stesen Penyiaran Awam NHK.

Dalam pelantikan ini, Ibrahim akan memangku jawatan tersebut sehingga pemilihan presiden baru dibuat pada Perhimpunan Agung ABU November depan di New Delhi, India.

Pemilihan jawatan bagi Presiden dan Naib Presiden adalah bagi tempoh tiga penggal.

Ibrahim sebelum ini menyandang jawatan sebagai salah seorang Naib Presiden ABU bermula 2009 setelah memenangi pemilihan pada perhimpunan Agung ke-46 ABU.

Dua lagi Naib Presiden ialah Kim In-Kyu dari Sistem Penyiaran Korea (KBS) dan Murraza Solangi dari Perbadanan Penyiaran Pakistan (PBC).

ABU yang ditubuhkan pada 1964 dan berpangkalan di Kompleks Angkasapuri, Kuala Lumpur ini merupakan antara lapan anggota Kesatuan Penyiaran Dunia (WBU), manakala penglibatan RTM sebagai anggota tetap bermula sejak awal penubuhan ABU.

Kesatuan penyiaran berprestij ini berperanan membangunkan industri penyiaran di rantau Asia Pasifik serta menyelaras aktiviti-aktiviti kerjasama antara anggota-anggotanya.

ABU telah dianggotai oleh lebih 200 organisasi penyiaran daripada 58 negara. Jumlah keanggotaan ini mewakili audiens sasaran seramai 3 bilion orang di seluruh dunia.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan