Deftones Buat Peminat Puas Hati

Diterbitkan: Rabu, 16 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Aksi kumpulan Deftones dalam konsert Deftones Live In KL di KL Live, Isnin.
Aksi kumpulan Deftones dalam konsert Deftones Live In KL di KL Live, Isnin.

KUALA LUMPUR: Kumpulan rock Deftones berjaya mengumpulkan lebih daripada 2,500 orang penonton pada konsert Deftones Live In KL di KL Live, di sini, Isnin.

Ternyata sambutan Hari Kekasih yang diharamkan langsung tidak mengganggu peminat-peminat menyaksikan persembahan mantap kumpulan rock daripada Sacramento, California tersebut.

Malah ramai pasangan mengambil pendekatan untuk menyaksikan Deftones yang ternyata persembahannya tidak menghampakan peminat yang setia menunggu sejak di perkarangan dewan KL Live seawal pukul 6 petang.

"Terima kasih kerana sudi menyaksikan kami yang pertama kali menghiburkan anda di Kuala Lumpur. Kami sangat menghargainya," kata vokalisnya, Chino Moreno, ringkas.

Pada malam itu, tidak banyak perbualan yang dibicarakan oleh Chino sebaliknya vokal mantap Chino itu sudah cukup hebat untuk diperdengarkan kepada penonton tanpa perlu bercakap banyak.

Memulakan persembahan dengan lagu pertama Birthmark, para peminat tidak kira perempuan mahupun lelaki mula menari mengikut rentak muzik sehingga habis lagu tersebut.

Tanpa membuang masa, mereka terus meneruskan persembahan dengan lagu kedua, Engine 9, diikuti pula dengan lagu Drive, Summer, Lhabia dan Around The Fur.

Peminat melepas gian di mana mereka tidak henti-henti menjerit memanggil nama seorang demi seorang anggota kumpulan Deftones, menyanyi bersama dan menggoyangkan kepala.

Mungkin kerana dek menunggu lama untuk menyaksikan kumpulan itu mengadakan konsert di ibu negara, membuatkan para penonton teruja dan menikmati setiap persembahan kumpulan itu sebaik mungkin.

Dalam pada itu, lagu-lagu popular seperti Digital Bath, Knife party, Hexagram, Minerva, Bloody Cape, Diamond, CMND/CTRL, Royal, Rocket, Butcher, Beauty School, Hole, Kimdraca, Change dan Passanger turut dinyanyikan.

Sebagai penghujung konsert, lagu yang paling ditunggu-tunggu, Root dan 7 Words dinyanyikan sebagai penutup persembahan konsert.

Ternyata, nyanyian Chino begitu bertenaga dengan mainan muzik ahli kumpulannya yang begitu bersemangat selama 2 jam setengah langsung tidak menghampakan.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan