Anugerah Grammy : Lady Antebellum Menang Besar

Diterbitkan: Isnin, 14 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Lady Antebellum
Lady Antebellum

LOS ANGELES: Buat pertama kalinya, Anugerah Grammy yang ke-53 memberi pengiktirafan kepada kumpulan trio, Lady Antebellum apabila meraih empat trofi menerusi lagu hit mereka, Need You Now pada majlis tersebut yang berlangsung di Staples Center, Los Angeles, pagi Ahad (waktu tempatan).

Kumpulan tersebut berjaya merangkul trofi bagi kategori Lagu Terbaik sekali gus mengalahkan penyanyi Lady Gaga, Eminem dan Rihanna serta Album Country Terbaik, Lagu Country Terbaik serta Persembahan Country Duo dan Kumpulan Terbaik.

Lagu Need You Now ternyata memberi tuah kepada kumpulan tersebut yang tidak pernah menjangkakan kemenangan itu.

"Tahun 2011 adalah tahun yang mengagumkan buat kami. Ramai yang mengatakan lagu ini telah memberikan 'huru-hara' kepada pendengar muzik dunia dan kami tidak percayakannya.

"Tapi setelah memenangi anugerah ini, barulah kami sedar. Bagaimanapun, kemenangan ini akan membuatkan semangat kami lebih tinggi untuk menghasilkan lagu-lagu terbaik kepada semua," kata salah seorang daripada kumpulan itu, Dave Heywood.

Majlis anugerah tersebut turut memberi kejutan besar apabila penyanyi Jazz, Esperanza Spalding mengalahkan penyanyi remaja Justin Bieber, Florence & The Machine, Mumford & Sons dan Drake menerusi kategori Artis Baru Terbaik.

Spalding yang baru saja mengeluarkan album ketiganya, The Chamber Music Today, pada tahun lalu merupakan penyanyi Jazz pertama yang memenangi anugerah bagi kategori tersebut.

Seperti yang dijangkakan, kumpulan rock British, Muse, memenangi Album Rock Terbaik menerusi album The Resistance dengan mengalahkan saingan terdekat mereka, Pearl Jam, Neil Young dan Jeff Beck.

Selain itu, Jay-Z, John Legend dan Lady Gaga masing-masing meraih tiga trofi dan kumpulan Train berjaya menerima anugerah untuk kategori Persembahan Pop Duo Atau Kumpulan Terbaik menerusi lagu Hey, Soul Sister.

Bagaimanapun, agak mengecewakan apabila Eminem yang tercalon bagi 10 buah kategori hanya berjaya meraih empat anugerah termasuklah Persembahan Solo Rap Terbaik menerusi lagu Not Afraid dan Album Rap Terbaik (Recovery).

Secara keseluruhan, sebanyak 109 anugerah Grammy telah diberikan.

Majlis anugerah tersebut turut dihiburkan dengan persembahan-persembahan penyanyi hebat yang antaranya seperti Eminem, Paramore, Katy Perry, Muse, Miranda Lambert, Lady Gaga, Usher dan Justin Bieber.

Penyanyi Barbra Streisand dan vokalis kumpulan rock terkenal, Rolling Stones, Mick Jagger juga membuat persembahan dengan aksi mereka yang tersendiri.

Dalam pada itu, lima penyanyi wanita, Christina Alguilera, Jennifer Hudson, Martina McBride, Florence Welch dan Yolanda Adams membuat persembahan khas sempena memperingati penghibur terkenal Aretha Franklin.

Anugerah itu turut disiarkan secara langsung selama tiga jam menerusi saluran Star World, pukul 9.32 pagi, Isnin, waktu Malaysia.

Berikut adalah pemenang Anugerah Grammy yang ke-52:

Lagu Terbaik: Need You Now, Lady Antebellum

Artis Baru Terbaik: Esperanza Spalding

Persembahan Vokal Pop Wanita Terbaik: Bad Romance, Lady Gaga

Persembahan Vokal Pop Lelaki Terbaik: Just The Way You Are, Bruno Mars

Persembahan Pop Duo Atau Kumpulan Terbaik: Hey, Soul Sister (Live), Train

Vokal Pop Album Terbaik: The Fame Monster, Lady Gaga

Album Alternatif Terbaik: Brothers, The Black Keys

Lagu Rock Terbaik: Angry World, Neil Young

Album Rock Terbaik: The Resistance, Muse

Album R&B Terbaik: Wake up!, John Legend & The Roots

Lagu R&B Terbaik: Shine, John Legend & The Roots

Persembahan Solo Rap Terbaik: Not Afraid, Eminem

Lagu Rap Terbaik: Empire State of Mind, Jay-Z and Alicia Keys

Album Rap Terbaik: Recovery, Eminem

Persembahan Vokal Lelaki Country Terbaik: Til Summer Comes Around, Keith Urban

Persembahan Vokal Wanita Country Terbaik: The House That Built Me, Miranda Lambert

Album Country Terbaik: Need You Now, Lady Antebellum

Persembahan Country Duo dan Kumpulan Terbaik: Need You Now, Lady Antebellum

Lagu Country Terbaik: Need You Now, Lady Antebellum

Kolaborasi Vokal Country Terbaik: As She's Walking Away, Zac Brown Band dan Alan Jackson

Album Tradisional Muzik Terbaik: Ali And Toumani, Ali Farka Toure dan Toumani Diabate

Album Kontemporari Muzik World Terbaik: Throw Down Your Heart, Africa Sessions Part 2, Bela Fleck

Album Pop Latin Terbaik: Paraiso Express, Alejandro Sanz

Album Latin Rock, Alternatif atau Urban Terbaik: El Existenial, Grupo Fantasma.

Album Latin Tropikal Terbaik: Viva La Tradicion, Spanish Harlem Orchestra.

Album Latin Jazz Terbaik: Chucho's Steps, Chucho Valdes dan The Afro-Cuban Messengers.

Album Kontemporari Jazz Terbaik: The Stanley Clarke Band, The Stanley Clarke Band

Album Vokal Jazz Terbaik: Eleanora Fagan (1915-1959): To Billie With Love From Dee Dee, Dee Dee Bridgewater

Album Instrumental Jazz Terbaik: Moody 4B, James Moody

Album Klasikal Terbaik: Verdi: Requiem, Riccardo Muti, Conductor

Rakaman Tarian Terbaik: Only Girl (In The World), Rihanna

Album Electronik Tarian Terbaik: La Roux, La Roux

Album Persembahan Muzikal Terbaik: American Idiot, (Featuring Green Day)

Album Tradisional Blues Terbaik: Joined At The Hip, Pinetop Perkins & Willie 'Big Eyes' Smith

Album Kontemporari Blues Terbaik: Living Proof, Buddy Guy

Vokal Pop Kolaborasi Terbaik: Imagine, Herbie Hancock and Larry Klein, arrangers

Album Instrumental Pop Terbaik: Take Your Pick, Larry Carlton dan Tak Matsumoto

Persembahan Instrumental Pop Terbaik: Nessun Dorma, Jeff Beck

Persembahan Instrumental Rock Terbaik: Hammerhead, Jeff Beck

Album Bluegrass Terbaik: Mountain Soul II, Patty Loveless

Album Raggae Terbaik: Before The Dawn, Buju Banton

Album Komedi Terbaik: Stark Raving Black, Lewis Black

Album Kompilasi Runut Bunyi Bagi Filem, Televisyen atau Media Visual Terbaik: Crazy Heart

Album Sejarah Terbaik: The Beatles (The Original Studio Recordings)

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan