Ameng Mengaku Bersalah Atas Dua Pertuduhan Memiliki Dadah

Diterbitkan: Isnin, 14 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Ameng Springs dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Melaka selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah. Sementara isterinya, Sabariah Zakariah (belakang kiri) tidak mengaku bersalah atas tuduhan tersebut iaitu memiliki Kanabis seberat 122 gram dan Menthamphemine dengan berat kasar 1 gram ketika di sebuah hotel di Melaka Raya pada 1 Febuari lepas. - Foto BERNAMA
Ameng Springs dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen Melaka selepas mengaku bersalah atas tuduhan memiliki dadah. Sementara isterinya, Sabariah Zakariah (belakang kiri) tidak mengaku bersalah atas tuduhan tersebut iaitu memiliki Kanabis seberat 122 gram dan Menthamphemine dengan berat kasar 1 gram ketika di sebuah hotel di Melaka Raya pada 1 Febuari lepas. - Foto BERNAMA

MELAKA: Penyanyi Kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail, atau lebih dikenali sebagai Ameng, mengaku bersalah atas dua pertuduhan memiliki dadah di Mahkamah Sesyen di sini, Isnin.

Ameng, 42, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, pada pertuduhan pertama mengaku bersalah kerana memiliki kanabis, berat kasar 122 gram ketika di dalam sebuah bilik hotel, di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 1 Februari 2011, pukul 5.20 petang.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksen 34 Kanun Keseksaan.

Beliau menghadapi hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidk kurang dari 10 sebatan.

Bagi kesalahan kedua, pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, dia dituduh memiliki dadah methamphetamine dengan berat kasar 1 gram.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan. Hukuman ini membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Ameng yang memakai baju berwarna coklat dan berseluar jeans kelabu kelihatan tenang semasa dibacakan pertuduhan di hadapan Hakim Zaharah Hussin.

Isterinya yang bertudung tidak mengaku bersalah ketika dibacakan dua pertuduhan yang sama ke atas Ameng.

Ameng ketika prosiding memohon supaya mahkamah membebaskan isterinya kerana beliau (Sabariah) tidak bersalah.

"Saya harap jasa baik tuan hakim untuk lepaskan isteri (saya) kerana semua ini kesalahan saya," katanya sambil menambah mereka mempunyai seorang anak kecil berusia tiga tahun yang sedang sakit lelah dan sangat merindukan isterinya.

Beliau berkata anaknya itu kini dijaga oleh ibu mertuanya di Masjid Tanah, di sini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Ifa Sirhhu Samsudin yang memberitahu mahkamah selepas rayuan Ameng bahawa pertuduhan itu adalah tentativ kerana belum diketahui berat dadah secara bersih.

Katanya beliau masih menunggu laporan kimia bagi perkara itu dan meminta sebutan semula kes yang ditetapkan oleh mahkamah pada 12 April depan.

Ameng pada 1 November tahun lepas dikenakan hukuman penjara dua bulan dan denda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di Kuala Lumpur setelah didapati bersalah terhadap pertuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan