Sheila Majid Bawa Pesan Penyatuan Bangsa Dalam Konsert Di Jakarta

Diterbitkan: Ahad, 13 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Sheila Majid memberi gaya istimewa kepada jurugambar pada sidang akhbar memperkenalkan konsert solo bertemakan
Sheila Majid memberi gaya istimewa kepada jurugambar pada sidang akhbar memperkenalkan konsert solo bertemakan "Sheila Majid 25 Years Radiance Celebration Live In Jakarta" di Jakarta, semalam. - Foto BERNAMA

JAKARTA: Datuk Shiela Majid, diva Malaysia yang pernah mendapat julukan Ratu Jazz akan tampil dalam konsert solo di sini Selasa ini untuk menghargai sokongan para peminatnya di Indonesia dan sekaligus membawa pesan penyatuan bangsa dua negara yang berjiran tetangga.

Penyanyi berusia 46 tahun ini muncul di hadapan para wartawan tempatan di sini dengan penuh bersemangat dengan pengakuan bersedia menghibur dengan nyanyian lagu-lagu kegemaran para peminatnya selama dua jam pada konsert bertema "Sheila Majid 25 Years Radiance Celebration Live In Jakarta" di Pusat Konvensyen Jakarta.

"Konsert perayaan 25 tahun ini amat bermakna sekali diadakan di Jakarta sebagai tanda penghargaan saya kepada para peminat di Indonesia, sekaligus berterima kasih kerana telah diterima oleh industri muzik Indonesia sepanjang 25 tahun perjalanan kerjaya seni muzik saya.

"Saya mempunyai ramai kawan di sini yang pada mulanya merupakan para peminat. Muzik mampu menyatukan bangsa dan umat dunia. Semoga muzik akan terus menyatukan kita semua," katanya pada sidang akhbar di Hotel Ritz Carlton, Kuningan, Jakarta Selatan Sabtu.

Konsert itu sepatutnya diadakan pada bulan September tahun lalu namun ia telah ditunda oleh pengajur ke tarikh sekarang kerana ketika itu hubungan Malaysia-Indonesia sedang panas.

"Indonesia bagaikan rumah kedua saya. Saya selalu berasa seperti di rumah sendiri bila berada di Indonesia. Selama 25 tahun ini, anda semua membuat saya berasa menjadi sebahagian daripada anda," katanya di sidang akhbar yang padat dengan wartawan dan jurufoto dan jurukamera TV.

Penyanyi yang sentiasa ceria dan sering melemparkan senyuman manis ini menyatakan telah menyimpan tenaga secukupnya untuk memberi persembahan terbaik bila mendendangkan 20 buah lagu-lagu popular dari album pertama hingga album terkini.

"Saya turut mengundang kenalan-kenalan saya yang terdiri daripada karyawan muzik Indonesia untuk sama-sama meraikan ulang tahun kerjaya saya pada malam itu," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan