Justin Bieber Beli Pangsapuri Lebih RM5 Juta

Diterbitkan: Ahad, 13 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PENYANYI berasal dari Kanada, Justin Bieber (gambar) berhasrat untuk membeli sebuah pangsapuri berharga RM5,186,700 sempena menyambut ulang tahunnya yang ke-17 pada 1 Mac ini.

Menurut jurucakap penyanyi lagu Baby itu kepada Showbiz Spy, Jumaat, Justin sedang mencari rumah sekarang ini untuk dijadikan sebagai hadiah ulang tahun.

Khabarnya, Bieber sedang meninjau sebuah apartmen mewah di Westwood, Los Angeles, Amerika Syarikat.

Apartmen tersebut mempunyai empat bilik tidur, tiga bilik mandi dan kemudahan mewah termasuk kolam renang dan spa.

Ketika ini, kekayaan penyanyi itu ditaksir sudah mencecah RM305,100,011.

Baru-baru ini, Bieber yang dikhabarkan menjalin cinta dengan Selena Gomez, berjaya muncul dalam sebuah filem berjudul Never Say Never.

Filem tersebut menampilkan perjalanan karier Bieber, mulai dari YouTube hingga menjadi penyanyi yang memiliki jutaan peminat di seluruh dunia.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan