Yusry (KRU) Bukan Pensyarah Sambilan

Diterbitkan: Jumaat, 11 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Yusry Abdul Halim
Yusry Abdul Halim

PETALING JAYA: Pengarah filem Yusry Abdul Halim, 37, tidak bekerja sebagai pensyarah sambilan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor seperti yang dilaporkan sebelum ini sebaliknya hanya diberi tugas sebagai penceramah jemputan.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Program Animasi, Fakulti Teknologi Kreatif dan Artistik (FACT) UiTM, Ezwan Mohd Mokhtar yang turut berkata faktor salah faham mungkin menjadi punca kepada kesilapan laporan media tentang perkara berkenaan.

"Sewaktu berbincang dengan Yusry sebelum ini, dia memang sudah jelas tentang tugasan yang ditawarkan kepadanya. Dia tidak ditawarkan sebagai pensyarah sambilan tetapi hanyalah penceramah jemputan bagi kursus Muzik Video, Kesan Visual Digital dan Komposisi berdasarkan pengalamannya dalam bidang itu.

"Untuk melantik seorang pensyarah sama ada secara sepenuh masa atau sambilan bukan semudah yang disangka kerana banyak proses dan prosedur harus dilaksanakan oleh pihak universiti terlebih dahulu.

"Mungkin perkara itu telah disalahtafsirkan, itu sahaja. Bagaimanapun, dia tetap akan memulakan tugasannya Jumaat ini," katanya yang dihubungi mStar Online, Rabu.

Tambah Ezwan, sebagai penceramah jemputan, Yusry tidak terikat dengan jadual tetap yang mewajibkannya untuk mengadakan kelas secara konsisten setiap minggu.

Sebaliknya dia akan hadir untuk bengkel kursus berkenaan pada setiap Jumaat selama tiga jam iaitu masa yang lebih fleksibel selain tertakluk kepada jadual pengarah filem itu sendiri.

"Memandangkan Yusry di undang sebagai penceramah jemputan dan bukan kakitangan universiti, maka jadual kelasnya tidak begitu terikat.

"Seandainya dia terikat dengan komitmen lain pada hari tersebut, kelas mingguan itu juga akan dibatalkan. Semuanya bergantung kepada waktu Yusry," katanya.

Yusry akan mengajar kursus itu untuk pelajar Ijazah Sarjana Muda Animasi tahun akhir semester 6 di FACT, UiTM bermula pukul 7 hingga 10 malam.

Fakulti berkenaan diketuai oleh Prof. Madya A. Razak Mohaideen yang bertindak sebagai dekan.

iklan

Video

Jumaat, 28 April 2017 5:30 PM

Hasrat Faizal Tahir Berehat Terganggu

Jumaat, 28 April 2017 3:47 PM

'Istana' Unik Di Rusia

Jumaat, 28 April 2017 11:39 AM

Kiri, Kanan, Depan,Belakang Ais Krim

Jumaat, 28 April 2017 9:30 AM

Apa Punca Aiman Sidek Masih Tidak Popular ?

Khamis, 27 April 2017 5:32 PM

Siapa Sanggup Tunggu Elly Mazlein?

Khamis, 27 April 2017 3:30 PM

Belum Ada Rezeki Anak - Bella Dally

Rabu, 26 April 2017 10:48 AM

Meninggal Dunia Ketika Baca Al-Quran

Kolumnis

iklan

Iklan