Watak Jahat Buat Izreen Lebih Selesa

Diterbitkan: Jumaat, 11 Februari 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

Izreen terkenal menerusi drama Gelora Di Hati Sara 2, Isabella, Nenek Kebaya dan Samson Delaila. - Foto AZLINA ABDULLAH & LIM CHENG KIAT
Izreen terkenal menerusi drama Gelora Di Hati Sara 2, Isabella, Nenek Kebaya dan Samson Delaila. - Foto AZLINA ABDULLAH & LIM CHENG KIAT

PETALING JAYA: Pelakon Izreen Azminda Mohd Aznam (Izreen), 26, kerap ditawarkan watak wanita jahat setiap kali ditawarkan membintangi sesebuah drama.

Lihat sahaja watak yang menyerlahkan lakonannya menerusi drama Nenek Kebaya, Isabella dan Samson Delaila yang mencetuskan perasaan marah dan geram kepada penonton.

Demi memvariasikan karakternya pelakon filem Otai ini sesekali mahu juga memegang watak baik agar dia tidak dilihat terlalu stereotaip dengan watak berkenaan.

“Sebenarnya saya selesa dengan watak jahat kerana perwatakan sebenar saya agak kasar. Bagaimanapun saya mahu pelbagaikan watak saya dan menjadikan pelakon Nor Khiriah sebagai contoh kerana dia mampu membawakan watak komedi, jahat dan baik,” katanya yang sedang menjalani penggambaran drama Samson Delaila yang kini sedang disiarkan di TV3.

Dalam drama 25 episod itu, Izreen memegang watak wanita jahat bernama Maria, yang tergila-gilakan Samson lakonan Adi Putra.

Bagaimanapun Samson telah berkahwin dengan Delaila dan Maria memilih bapa Samson sebagai suaminya.

“Selepas berkahwin dengan bapa Samson, Maria memasang strategi untuk membolot harta lelaki itu. Banyak konflik yang timbul dalam cerita yang berlatar belakangkan bidang perniagaan dan cinta ini.

“Watak jahat yang saya bawakan dalam drama ini lebih bersifat dalaman yang membabitkan emosi serta berpura-pura baik,” ujarnya yang pernah melakonkan watak menggoda dalam drama Gelora Di Hati Sara 2.

Memandangkan barisan artis yang bergandingan dengannya dalam drama ini adalah Fasha Sandha, Adi Putra, Ako Mustapha dan Datuk Jalaluddin Hassan yang dirasakan hebat, Izreen akui sedikit gugup apabila berlakon dengan mereka.

“Pada mulanya saya rasa bimbang juga apabila bergandingan dengan pelakon-pelakon hebat tetapi selepas itu perasaan itu telah reda. Kami juga dilayan sama rata,” ujarnya mengenai drama yang diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin itu.

Sepanjang tiga tahun menceburi dunia lakonan, gadis yang dibesarkan di Jitra, Kedah ini telah berlakon dalam 20 drama tempatan.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan